Saturday, May 30, 2009

30 Mei 2009


Terima kasih kepada semua


SMS dari Kak Long Amni (anak Mak Long):
Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan Nabilah Sobihah.. Allah selamatkan kamu..

SMS dari Abg Aiman (anak Mak Long):
Sobihah, slmt hari jadi nanti abang Aiman bagi hadiah..


SMS dari Cik Najah (mak sedara):
jengok2 kat tingkap, sbnrnya, nk ucp hepibesday kt org sane.. (",) hepi besday kakak..sweet7''

SMS dari Mak Long & Pak Long:
Selamat Ulang tahun kelahiran yg ke 7 buat Sobihah. Dari mak long, pak long sekeluarga.

Panggilan telefon dari: Atuk Kecik di Shah Alam

Pesanan di Shoutbox ini:

Maksu Wah
( "wahh!!besdayy kakak es0kk..lalalalala...hehe")

Mak Yong
( "Seronokla..cocobi dapat hadiah nanti maklong tumpang sekaki..
maklong ramai anak tak mampu nak beli hadiah..cuma doa maklong panjatkan doa semoga cocobi
Jadi Mujahidah SOLEHAH satu hari nanti...AMIIIN)

Nanny
(SELAMAT MENYAMBUT ARI LAHIR KE 7 UTK KAKAK..
semoga kakak bertambah ceria dan bahagia dan menjadi kaklong yg TERBAIK kpd adik-adik)


Komen dari blogger:

AZANI said...

selamat ulangtahun ke 7, moga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki kakak sekeluarga.Amin.


sonata anak kancil said...

selamat lahir lahir...lawanya berposing dengan beg tu...warna pink + biru lagi....
bejalar rajin2 tau...semoga panjang umur dan murah rezeki kak long sekeluarga.....


muslimat parit said...

Sayang untuk anakanda cocobi..dari Mak LOng...tu je yang mampu...Auntie Sonata tu memang Hebat La...bolehla tambahkan persahabatan Fillah

Friday, May 29, 2009

Selamat Ulang Tahun ke 7...




Semua di bawah ini ditaip sendiri oleh kakak:

Hari ini kakak gembira kerana ada Kawan abah bagi Hadiah ,
Namanya Auntie Sonata, auntie Terima Kasih Banyak-banyak kerana bagi Hadiah.
Lagi punkan kakak nak bawak mase kakak Peperiksaan,kakak seronok sangat-sangat tau.
cantik pulak bagnya,ok itu saja tau cerita kakak babai aunty.


Pagi tadi pula, kakak sambut besday dekat Kelas 1 Usaha. Best makan kek,
kawan-kawan pun nak lagi. Sedap yami-yami, sedap sangat, terima kasih semua dan kawan-kawan.

Thursday, May 28, 2009

Kak Ngah & Kakak



Berbaju hijau kak ngah tersengih... masa ni tgh tunggu ketapi mak pah n maksu na dtg.. tren jam 1050.. ke tepen.. Hari Ahad pagi

Hadiah tu.. ummi yg dapat dr sekolah ummi.. tahun ni abah dapat kad ucapan.. x dapat banyak hadiah.. sebab abah ajor kelas thn 6 je.. hehehe

Kakak pulak tgh buat persembahan dikir barat.. sempena hari guru.. jadinya, kelas 1 Usaha ada dikir.. kakak yg TERpilih untuk lead..

Buat masa ni kakak tgh tunggu kertas2 jwpn exam yg baru berlalu...
so far, yg dapat tu.. semua 90 above... Alhamdulillah. tp yg ruginya, bnyk hilang markah sebab careless mistakes. Geram jugak abah & ummi.. dah pesan dah.. semak.. semak.. (biasa la.. nak cepat siap je... 1st!)

Esok ummi nak buat suprise.. order kek utk dijamu pada kwn kelas kakak.. dan juga peket 'jajan' yg kami dah buat td.. semuanya ada 42 org.. extra 10 utk guru2 nya..

Besday kakak 30 mei Sabtu.. dan kami hanya akan dok rumah je.. sebab umi ada perkhemahan di sekolah.. Alamak! abah kena jaga 4 so bersaudara.. hihihi..

OK.. SELAMAT BERCUTI UNTUK SEMUA.....

Tuesday, May 26, 2009

Wakil Negeri..

Hari ni Sobirah bawa balik satu surat..

Sukacita dimaklumkan bahawa PASTI Al-Husna telah menjadi JOHAN Pertandingan 3K Peringkat Negeri Selangor. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa dan penjaga yang telah menyumbang pokok bunga untuk pertandingan tersebut.

Sehubungan itu, PASTI Al-Husna akan mewakili negeri Selangor ke Peringkat Kebangsaan. Untuk tujuan itu, .... kami memohon sumbangan kewangan .. (membina benteng simen bawah pagar bagi mencantikkan lagi persekitaran PASTI ini...


* Tahniah untuk PASTI kak ngah...
Sememangnya PASTI ini antara yang teraktif di Hulu Selangor.. Gurunya juga antara aktivis dalam Majlis Guru Pasti Negeri Selangor & Kebangsaan.

Antara kejayaan lain...
2008 Tempat 3 Nasyid Pasti Negeri Selangor
2007 Wakil Kawasan Bola Jaring Mini Peringkat Negeri

Tuesday, May 19, 2009

Hujung minggu lalu...

Kami plan balik rumah atok pada pagi Sabtu 16 Mei (Hari Guru). Jadi untuk meraikan guru-guru.. di seluruh negara, abah ajak kami pi Mydin yg terbesar (setahu kami) di USJ. Sebenaqnya memang kami tak pernah pi situ, lagi pun abah bukannya expert area sana. Kalo setakat Shah Alam tu.. Insya Allah. celah jari je.. hehehe.. sejak bujang lagi abah dah memusing di sana...

Memusinglah kami berkali-kali meninjau seluruh USJ yg ada.. dari USJ 1 sampai USJ 20. Setelah hampir 30 minit, akhirnya kami ternampak signboard kecil.. dekat dengan Giant USJ yg dah agak 'buruk'..
Iklannya MYDIN: 1560 parking percuma. Kami pun pergi le berjalan-jalan di Mydin.

Ni gambor dlm Mydin le.. ada pulak promosi Dugro.. beli utk Nawfal..

* kat sini la kakak beli hadiah untuk guru-guru kakak.. kak ngah pun sama. Beli pen.. sebab ummi kata, kalo bagi pen.. cikgu mesti guna. nak tanda kertas exam.

kalo bagi cawan, atau sovenir, cikgu letak kat almari je... tak digunakan.. betul tak? betul!betul!betul!
Ummi pulak sempat 'samba' baju Nawal.. yang lain tak sempat, Nawfal asyik meragam.. biasa la tu.. semua dia nak.. hehehe


Petang Ahad, kami menjengah ke komplek PKNS.. ada pameran Hartanah PKNS. Bukan itu yg abah cari, tapi dekat stage ada sesi bergambar bersama Upin Ipin...

So, kami pun Q la utk naik stage.. Nawfal malu sangat dekat Ipin.. Tunduk! hehehe dia ni penggeli...



Lepas bergambar.. keluar dari Kompleks PKNS.. ada rezeki, makan Aiskrim McD. saja je.. nak bagi muka manis sikit.. lepas tu, kami pun balik ke rumah atuk semula.. kemas2 beg dan berangkat pulang ke Kuarters kami yg 'tercinta'..

* gambar anak murid ummi tu.. saja je letak.. buat hiasan..

Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Guru utk senarai di bawah...


Salam..

Kami tujukan posting ini buat semua kaum kerabat kami.. yg terlibat dlm dunia pendidikan. (disusun mengikut kedudukan umur..) kerabat abah dan ummi.. campur sekali... hehehe

  1. Allahyarham Tok Wan - Ustaz Mat.. (pesara guru kerajaan)
  2. Mak Pah - Pesara Guru KAFA
  3. Atok - Guru Quran di masjid, pejabat korporat & rumah
  4. Atuk Kecik - Guru Quran di rumah dan pesara Jbtn Pelajaran Selangor
  5. Tok Yusof - guru di Kuala Lipis
  6. Isteri Tok Yusof - guru di Kuala Lipis juga
  7. Tok Cik Man - dulu guru, kemudian pensyarah maktab.. skrg di KPM
  8. Tok Cik Yan - guru di Kajang
  9. Pak Long Lias - guru di Sitiawan
  10. Pak Long Bahrin - guru di sabah
  11. Mak Ngah - guru tadika di Bangi
  12. Pak Long - guru di kalumpang
  13. Mak Long Rozi - guru di Hulu Bernam
  14. Mak Lang Rina - lecturer di UIA
  15. Cik Ros - guru di Sekinchan
  16. Ummi - GURU di hulu selangor
  17. Abah - GURU di slim
  18. Us. Fauzi - Guru di Aloq Setaq
  19. Pak uda - Guru di Ampang
  20. Cik Hassan - guru di Gombak
  21. Mak uda - bekas guru di SRARNI semanggoi
  22. Pak Ndak - bekas guru di IQRA
  23. Mak Ngah Aqmar - Guru di Sik Kedah
  24. Cik Sha - bekas GSTT di Seri Pinang
  25. sapa lagi ....

itu saja yang sempat dikumpul... kalo ada yang tertinggal.. maaf la...

DAN JUGA BUAT SEMUA BLOGGER YG BERKHIDMAT SEBAGAI GURU...

Wednesday, May 13, 2009

Membawa tetamu bersiar...

Petang Isnin yg lalu, kami sempat membawa tetamu-tetamu di rumah kami bersiar-siar. Ummi tak ikut, tinggal di rumah bertemankan Nawal dan kak ngah...

Alahai.. apa la sangat yg menarik kat area sini.. so, abah meluncurkan 'grenvina' kami ke Bandar Proton.. Kami lalu depan Kilang Proton.. terus ke Tasik Bandar Proton. Sempat la snap gambar sikit...selepas itu kami ke pasar malam di Bandar Proton..


Untuk pengetahuan, Cik Ca dan baby Najlaa bermalam di sini buat seketika kerana Cik Can pergi berkhemah di Kem Askar.. Insya Allah esok Cik Can abis dah programnya.

Cu Na pula transit sementara je sebelum meneruskan perjalanan ke kampusnya.. Orang cuti 2 bulan, dia nak ber'program'.. biarlah... cari pengalaman katanya.







Riang gembiranya... kalau jatuh terjeromoih ni.. mahu la berparut hidung!

Sunday, May 10, 2009

to doubleA..


bagi menjawab soalan double A.. di ruangan shout.. inilah dia jawapannya...
mungkin ianya 'terkesan' daripada posting di blog Mak Ngah
yg berkaitan dgn abg uzai... ANIMAL PLANET

Actually, dressing style ni mmg gaya2 anak pak lang.. kan?

Cuti 9 Mei



Salam untuk semua pengunjung. Sabtu 9 Mei kami ronda-ronda sejauh 200km sekitar Selangor.
Memenuhi undangan perkahwinan Kak Intan
(yang pernah mengasuh Nawfal dan duduk bersama kami 5 bulan)
di rumahnya Sekinchan.


Nama suami Kak Intan ni.. Abg. Herman.

Abah menggunakan laluan berikut untuk sampai ke sana..

Tg. Malim - Bukit Tagar (hiway) - Berjuntai Bestari - Tiram Buruk - Permatang - Jln Raja Musa - Tg. Karang - Sekinchan ... jarak dari rumah kami 96KM.

Yang menariknya di sini.. lauknya.. yang disediakan secara gotong royong.. dan menu nya 'ala jawa'
memang sedap!

1. Nasi putih
2. Ayam goreng 'cincang kecil'
3. Daging masak Hitam pedas
4. Sayur ta'un goreng
5. Kerang rebus bercili
6. Perut Masak lemak + ape tah..
7. Ulam-ulam
8. Sambal belacan
9. Pecal + Kuah
10. Buah Tembikai
11. Air Sirap.. ni wajib ni... standard...

yang kami tak pernah jumpa.. menu no. 6. sedap.. tapi macam pelik sikit.. rupanya..



selepas kenduri.. kami ke rumah nenek Nyang...
Ini ibu kepada Atok kami.. so, Moyang la ni...
umurnya, sekitar 84 tahun...
masih sihat Alhamdulillah..

Selepas itu, kami bertolak pulang menggunakan laluan berbeza.

Parit 13 Sg Besar - Sg. Panjang - Merbau Berdarah - Gedangsa - Gesir - Behrang Stesen - Tg. Malim (singgah pasar lambak dulu..) - rumah... (104km)

Kami singgah di rumah Mak Long untuk turunkan Along Amni dan menziarah Mak Long yg baru keluar hospital... Semoga Allah sembuhkan Mak Long.



Monday, May 4, 2009

Cuti Hari Pekerja...

Buat pertama kalinya, abah dan kak ngah menjenguk ke Kolej 10 UM.. untuk mengambil dua orang mak sedara dari situ. Sementara menunggu angkat barang.. sempat lagi snap gambar sekitar KKTAZ tu..

Abah pula sempat berjumpa dengan rakan lamanya Dr. Roslan Mohd Nor yg menjawat jawatan Pensyarah di API UM. dah 8 tahun tak berjumpa... soalan cepumas darinya untuk abah: Master hang dah siap belum? hehehe... DAH SELESAI! (jawab tersipu-sipu...)
.Nawfal.. di tangga masjid daerah Perak Tengah

rumah kami... di Seri Iskandar... emm... sekolahnya belum siap dibina... cadangnya.. abah dengan ummi nak apply situ la.. buat masa ni.. buat sewa harian dulu.. sapa nak.. boleh hubungi sini

MyVI Hitam tu... Atuk dengan maksu wah datang bersama Pak Uda.. dari Shah Alam..
ambil Atuk Cik kat
Sg. Kerang. sempat la jengah rumah kami yg tak seberapa ni...

Masjid Daerah Perak Tengah.. tersergam indah.. tapi sayangnya agak jauh dari penempatan. Taman perumahan yg berhampiran masih dalam pembinaan. Jumaat malam sabtu.. kami solat di situ, jamaah tabligh yang meramaikannya...


Banner BUBUR PERAK pula di snap di TITI GANTUNG... Mak Uda la ni.. beriya-iya nak makan BUBUR gandum, BUBUR sagu merah dan BUBUR lambuk... sedap.. sedap sangattt.. Alhamdulillah.. Mak Uda belanja!

Sepetang di rumah Mak Yong...
melepaskan rindu pada sepupu yang jarang-jarang jumpa..
nak tunggu datang rumah kami..
umminya
TERSANGAT sibuk.. faham-faham je la...
macam Mak Ngah la jugak...


Makan malam.. di medan selera FIRHA.
Berhampiran dengan rumah. Siapalah FIRHA tu agaknya?
Menu yg kami pesan malam tu;
N
asi Goreng Bantal Peluk, Char Kuey Tiau, dan bungkus Kuey Tiau Kerang.

Buah Hati Pengarang Jantung


Excited! Tengok ombak kecil...
dan gigi air yang sentiasa berkocak...
Tengok muka yang baju biru tu...



Kegembiraan jelas terpancar di muka 3 So ini...
itu pun ada hati ajak abah pi naik feri...



Kami ke Hospital Seri Manjung. Melawat bekas jiran kami, yang juga pernah mengasuh Sobihah dan Sobirah semasa 2005-2006. Umairah dapat baby boy. Tahniah!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Our Family

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers