Monday, December 29, 2008

Day 12 - Maal Hijrah

Hari ini cuti umum sempena Tahun Baru Hijrah.. Nawal menerima lawatan daripada dua adik-beradik sebelah abah. Pada jam 12 tgh, Mak Su Na tiba bersama Mak Pah & Tok Cik Sahak.. (dari Semanggol) Mak Su dalam perjalanan pulang ke kampusnya… esok dah mula kelas katanya. Tak sempat la mak su nak lama-lama sikit bermalam di rumah Nawal. Lain kali mak su datang lagi tau.. ambik jam yang tertinggal ni!

Mak Su meninggalkan rumah kami lebih kurang jam 2PM…

Esok mak pah terpaka la singgah lagi sekali.. Ambil jam mak pah yg tertinggal jugak!

Jam 4.40 ptg pula Mak Ngah & family pula sampai.. (dari BBB) bersama sepupu-sepupu Nawal.. Muhammad, Rahmah, Huda & Raudhah.. Terima kasih ye bagi hadiah yg cantik.. Skirt & Topi.

Kalau sambungan nombor pelawat tu...

23. Mak Su Na

24. Mak Ngah & Family

Sunday, December 28, 2008

Kunjungan dari Shah Alam









Untuk hari Sabtu 27 hb Dis.. Nawal dikunjungi saudara-mara ummi dari Shah Alam.. sebagai memanjangkan list pelawat yg sebelum ini.. Pelawat ke 9 (atuk & family)

20. Andak Nazifi
21. Acik Najah
22. Acu Najwa

Terima kasih juga pada maklong yg memberikan Skirt Brown yang Nawal pakai hari ini.. hehehe.. Cantik!

Friday, December 26, 2008

Coretan Hari ke 9

Pagi ini..Nawal menerima kunjungan daripada JM Klinik Kesihatan.. dan mengesahkan bebas dari jaundis. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua JM (Jururawat Masyarakat) yang telah datang ke rumah baby Nawal sejak kepulangan dari hospital... Antaranya ialah:

1. JM Noriza Mohamed 19.12.08
2. JM Normalisa 20.12.08
3. JT Asiah Razali 22.12.08
4. JM Mahasliana Alias 23.12.08
5. JM Noriza Mohamed 26.12.08

Tak lupa disebutkan disini kepada Pegawai Perubatan di Hosp. Slim River yang memantau kesihatan Nawal dan ummi.. iaitu Dr. Mohd Hafizi & Dr. Rashidah. Serta Pegawai Perubatan di Hosp KKB yang Nawal temui semasa pemeriksaan darah pada 20 dan 20.12.08 iaitu Dr. Vengeketeswara Rao dan Dr. (x ingat nama).

Next Appoitment untuk Nawal ke Klinik Kesihatan ialah 21 Jan. 09.
Berat Nawal hari ini pula ialah 3.7kg saja...

~~~~~~~~~~~~

Nawal juga ada menerima kunjungan dari dua pelawat..

18. Acik Su (jiran KIP)
19. Cgu Azlan Lin (Kwn blogger abah) yang baru berpindah ke TM.

Di sini ada dua gmbr antara hadiah yg Nawal telah terima. Terima kasih semua...


dan juga hadiah TERBESAR yg pernah Nawal terima... dari Pak Lang & Family..


Thursday, December 25, 2008

Day 8... Cuti Umum Hari Krismas








Terima Kasih buat semua yg sudi datang melawat

Berikut ialah senarai keluarga @ orang perseorangan yang telah sudi melawat Nawal semasa di Hospital atau di rumah.. Terima kasih atas kunjungan kalian.

Rabu 17.12.08

1. Makcik Yan SKSV

2. Cg Samsul Ali SKSV

3. Cg Syed SKSV

4. Mc Tie SKSV

5. Mak Pah & Tok Cik Ishak

6. Mak Long & Family

7. Mak Cik Nab SKK

Khamis 18.12.08

8. Cik Ayie & Family

Jumaat 19.12.08

9. Atok & Family

Sabtu 20.12.08

10. Pak Lang KE & Family

Ahad 21.12.08

Isnin 22.12.08

11. Mak Cik Sha & Pak Cik Hassan

12. Mak Cik Ila KIP

13. Mak Cik Chah KIP

14. Mak Cik Faridah SKK

15. Mak Cik Mah SKK

Selasa 23.12.08

16. Mak Cik Iza SKK

17. Mak Cik Diana SKK

Rabu 24.12.08

18. -


Tuesday, December 23, 2008

Day 6 - Sijil Kelahiran

Petang ini.. dengan rasminya nama NAWAL SOFIYYAH termaktub dalam Sijil Kelahiran.. Telah selesai diuruskan oleh ayahanda di Pejabat Pendaftaran Tanjong Malim (terletak di atas Stesen Bas TM). Dengan No. My Kid 081217-08-**** maka tersuratlah Nawal adalah anak kelahiran negeri Perak... (yang menjadi impian ayahandanya sejak dulu..)

Mengikut pesanan Pegawai di JPN TM.. bolehlah datang mengambil MyKid dalam masa 1 bulan dari tarikh hari ini.

Warna Sijil Kelahiran yg menarik (HIJAU) turut menggamit perhatian ayahbonda... kerana sebelum ini Bro. Nawfal memiliki Sijil berwarna putih.. Edisi 2006.


Day 1 - Day 5

Salam Perkenalan untuk semua.. Blog ini akan mencoretkan serba sedikit kisah seorang bayi perempuan, yang merupakan anak ke 4 kami... Dinamakan NAWAL SOFIYYAH...



Memasuki Dewan Bersalin pada jam 1.50AM..
Jam 5.30 AM ayah dipanggil masuk untuk menjadi peneman ibu
(seperti tertera di nametag) di Bilik Mutiara 5.


Alhamdulillah. Selamat dilahirkan..



Wajah-wajah ceria 3 saudara yang sabar menunggu di kafeteria
- waktu melawat pada jam 12 PM..


Hari Rabu:
Tak lupa makanan panas yg dibawa oleh Kak Yan PK Koko SKSV.. (jasamu dikenang)
Menerima kunjungan dari Cikgu Samsul Ali, Cikgu Syed, Usth Rosmawati .

Sebelah ptg pula lawatan dari Mak Pah & Tok Cik Ishak...
Dan kunjungan Avanza Biru dan 8 orang Tentera Merah

Hari Khamis:
Kunjungan dari Acik Ayie dan Acik Awin dari Kg. Gajah.


Sabtu:
'SLIGHT JAUNDICE'
Ujian darah TSB di Makmal Hosp KKB.
Bacaan 216. Doktor arah dtg lagi hari Ahad.
Jika meningkat.. akan ditahan wad.



Ahad:
Alhamdulillah.. Bacaan 196. Trend menurun..
tetapi masih perlukan perhatian di rumah.

Selepas menerima lawatan dari JM Klinik Kalumpang..
dan menerima nasihat..
Elok diletakkan di tepi tingkap..
Jangan biarkan bayi tidur terlalu banyak..


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Our Family

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers