Friday, December 25, 2009

Taqwim Hijri

Tarikh-tarikh penting dalam keluarga kami (mengikut kalendar Islam)

Abah :

20 Syaaban 1397H

Ummi:

7 Safar 1397H

Hari perkahwinan:

11 Jamadil akhir 1422H

Nabilah Sobihah:

18 Rabiul awal 1423H

Nasreen Sobirah:

4 Jamadil akhir 1425H

Nawfal Solihin:

9 Zulkaedah 1427H

Nawal Sofiyyah:

18 Zulhijjah 1429H





Wednesday, December 23, 2009

Sarawak Day 2



Pagi hari Rabu 2 Dis 2009, kami keluar dari apartment sekitar jam 9.00 pagi.. menunggu kenderaan yang akan membawa kami berjalan pada hari ini. Taukeh Ong tiba dengan kereta Merc nya jam 9.15 dan membawa kami ke pejabatnya. Di sana kami bertukar kenderaan kepada MPV Toyota Gaia dan pemandu pelancong kami ialah En. Rahim. Kami bertolak menuju ke Kg. Budaya, Pantai Damai. Perjalanannya mengambil masa kira-kira 40 minit.







Damai nya.. seindah nama...








Kami tiba di hadapan pintu masuk Kg. Budaya jam 10.15 pagi. Tiket yang dikenakan sebenarnya SANGAT mahal bagi kita.. Namun, memikirkan ianya satu tarikan pelancong yang sangat disebut-sebut, dan kedatangan ke sini bukanlah selalu maka terbanglah beberapa helai nota biru itu...



(Rumah Cina)



Rumah Melayu



(Rumah Orang Ulu)


(Rumah Melanau)




Di sini, pengunjung dapat merasai pengalaman memasuki rumah sebenar 7 kaum utama yang terdapat di Sarawak (Melayu, Bidayuh, Iban, Penan, Orang Ulu, Melanau & Cina) . Setiap rumah mempunyai keunikan tersendiri. Kalau kita nak cari rumah yang 'sebenar'nya di tempat tinggal mereka mungkin kos jauh lebih tinggi.








Masa kami habiskan dalam kampung ini mencecah 2 jam.. dan kami keluar setelah selesai persembahan kebudayaan di panggung yang selesa dengan beberapa persembahan menarik.


Selepas itu, kami bertolak kembali ke Kuching dan Solat di Masjid Negeri Kuching.


Selesai makan di kawasan pekan Satok, kami menuju pula ke Muzium Kucing, yang terletak di atas bukit.. berkongsi bangunan dengan Dewan Bandaraya Kuching Utara.


Kemudian, kami ke Kampung Melayu Gerisik. Di sinilah terletak ramai pengusaha kek lapis. Dan kami memilih untuk singgah di rumah kek lapis ini.


Perjalanan kami pada hari tersebut berakhir dengan abah singgah sebentar di pasar basah Satok untuk membeli sekotak ikan Terubuk masin...


Monday, December 21, 2009

Kek dari Mak Ngah

Sabtu lalu.. selepas kami ke rumah kenduri kawan ummi, di Sg. Kantan.. dan rumah mak ngah Husna di Kg. Jambu.. abah sempat meng'sms' pada Mak Ngah.. jika ada kek lebihan hari tu...




dan inilah hasilnya.. dalam masa kurang sejam... KEK COKLAT NAWAL...

Terima kasih mak ngah...


* gambar ini dicuri dari blog mak ngah 'dengan izin'

Thursday, December 17, 2009

Selamat Hari Lahir


Selamat hari lahir untuk anakku.. NAWAL SOFIYYAH.. 17 Dis. yang pertama.. Semoga dikau terus membesar menjadi anak solehah dan berguna untuk kedua ibubapa di hari muka.. juga untuk agama Islam tercinta..





Gambar pada tahun 2008



Di Masjid UNIMAS baru-baru ini..


Sedang nyenyak tidur di Lost World of Tambun 15 Dis 2009



Friday, December 11, 2009

Sarawak Day 1

Ini adalah ringkasan perjalanan kami sepanjang 4 hari ke Sarawak baru-baru ini...

Sebenarnya, percutian kami ke Sarawak telah dirancang sejak bulan Jun lalu.. Abah telah belajar2 membeli tiket Air Asia secara online. Walaupun tak dapat pada harga termurah, pun begitu lebih kurangnya 5 seat pergi balik kami dapat pada harga RM950.00 termasuk caj untuk seorang bayi.. yg berumur kurang 24 bulan.. Siapa lagi kalau bukan empunya blog ini... Nawal Sofiyyah.


Kami ke LCCT Air Asia (pun buat pertama kali) pagi Selasa 1 Dis 2009 dihantar oleh Uda, Cik Ajah dan Kak Long Amni. Kami tiba di sana kira2 dua jam sebelum waktu berlepas. Excited sangat la katakan.

Abah pun ke kiosk Air Asia untuk self-check in. Tapi komputer kata tak valid pulak. Mula la cuak.. dah la kita ni first timer. Tengok orang lain guna sebelum tu, senang je dapat boarding pass.

Selepas itu barulah kelihatan, kaunter check in untuk penerbangan AK **** telah dibuka. Abah pun menyorong troli untuk ditimbang dan mendapatkan boarding pass. Semuanya memerlukan dokumen perjalanan (KP @ sijil kelahiran) Memang abah dah bawak 4 helai surat beranak tu.

Jam 11.00 pagi kami masuk ke balai berlepas. Menanti pula di depan Gate 3. Nawfal yg terlalu bersemangat nak naik kapal terbang terus mengajak kami naik di Gate 2 (menuju ke Kota Kinabalu)
Apa lagi, jenuh juga nak memahamkannya flight itu ke tempat lain. Mujur la dia dapat juga menerima nasihat (setelah puas menjerit-jerit.. "nak naik kapaltobang!")

Jam 11.30 Gate 3 mula dibuka. Orang telah beratur panjang untuk pemeriksaan boarding pass. Kami relax la dulu duduk sebab line terlalu panjang. Al-maklumlah.. kalo flightnya penuh 180 orang (- 30 hotseat) . Buat apa nak cepat2.. sebab tempat duduk dah tetapkan.. Airasia.. itu pun kena bayar.. Advanced Seat Request.. sebab nak duk dekat2.. kalo tidak, nawfal di mana.. nawal dgn umi di mana.. abah di mana.. haru biru dibuatnya.

Kami pun dapat la duduk sederet.. (ada 6 seat) Sobihah-Sobirah-Ummi (laluan) Nawfal-Abah-stranger. Abih hati la dapat dok tu.. semua tersengih je.

Bila flight dah nak berlepas, steward suruh duduk elok dan pakai seatbelt. MAKA bermula la.. Nawfal ni tak nak duduk. Dia nak berdiri buat macam dia nak kereta abah dia. Nak tengok tingkap. Abah kata duduk.. taknak.. duduk.. taknak.. WAAAAAAAAAAA.....WAAAAAAA... (satu flight dengar teriakan budak laki terhebat ni) Tapi sebab dia duduk, orang tak nampak muka dia.. suaranya saja mengiringi perlepasan flight ni meninggalkan LCCT KLIA.

Setelah beberapa ketika dalam flight.. Nawfal pun terlena.. aman dunia.. kami pun sampai di Airport Kuching kira2 jam 1.30pm.

Setibanya di sana kami disambut dengan kereta Mercedes. Tauke ni merupakan kawan pakcik abah. Jadi dia yg akan menolong kami sepanjang kami di Sarawak. Kami dibawa ke apartment yg hanya kira2 4KM dari airport.




Petang tu kami terus ke Waterfront. Tak tau pun apa yg bestnya.. saja je pegi.. rupanya ianya berhadapan dgn main bazaar (tempat shopping souvenir) Kami pekena nasi lemak dan cucoq2 ja..

Ptg tu hujan pulak turun dgn lebatnya. Kami balik ke apartment berbekalkan beberapa brgn untuk breakfast pagi esok yg dibeli kat supermarket berhampiran (Premier 101)




Monday, November 30, 2009

Sehari bersama Nawfal..

Nawfal Solihin now 3 years...


Monday, November 23, 2009

Kakak & Kak Ngah dapat hadiah

Gambar di sekolah kakak, persembahan dikir barat semasa HAC dan wajah-wajah murid Pra SKSV untuk istiadat konvokesyen.

Kakak menerima hadiah 'Pencapaian Cemerlang 5A dari Penghulu Mukim. Sijil Penghargaan dan gambar bersama parent..

Kakak menerima hadiah (sekolah petang) daripada Guru Besar.. itupun selepas komen dari abah tentang keciciran namanya dari buku senarai penerima hadiah...


Kak Ngah.. acara membawa Pundi Kacang.. sempat lagi menjeling kamera. Hadiah yang kak Ngah terima.. Tempat Pertama kelas 5 Tahun Az-Zahrah dan Terbaik 8A.



Persembahan : Lagiu Abjad ABC dan Hafazan Hadis...

Kakak dan umi menaiki pentas. Kakak dapat tempat ketiga acara lari melontar pundi kacang dalam gelung. Umi pula mendapat cabutan bertuah.. nombor yg pertama dipanggil.. masih belum bersedia..


Kak Ngah menerima hadiah daripada Pegawai Dun HB. Hadiah bola itu disampaikan kepada salah seorang kawan Sobirah yang telah mewakili Selangor dalam Mini Bola Sepak PASTI peringkat kebangsaan.

Thursday, November 5, 2009

Kak Ngah dan PASTI..


Esok Kak Ngah (5 tahun) dan seorang lg rakannya, akan mewakili Pasti Al-Husna, Kg Seri Geriang Hulu Bernaam utk menduduki Ujian Setara Pemilihan Murid Cemerlang Prgkt Daerah Hulu Sel. bagi memilih wakil murid Pasti 5 Tahun ke Prgkt Negeri. Ujian akan diadakan di RASA. Semoga anakku beroleh kejayaan..

Untuk rekod, pada tahun 2008.. Sobihah @ Kakak turut terpilih utk wakil Pasti Al-Husna 6 Tahun dan mendapat tempat ke 3 peringkat daerah.. semasa itu, ujian dijalankan di Kuala Kubu Bharu.

Tuesday, October 27, 2009

Family day

Rangkuman gambar program Hari Keluarga SKK.. ke Le Paris Hotel, Port Dickson.

sempat singgah di RnR Dengkil



Muzium Tentera Darat, Si Rusa, Port Dickson.


Kolam hotel. Habis hati le tu.. tapi kenapa menangis??

di arena bowling.. Level 3 hotel..

acara tepian pantai..



sebelum pulang...

Monday, October 19, 2009

Pekena Laksa Mee


Salam.. semalam kami berkunjung ke rumah seorang blogger.. berhampiran dengan rumah kami... dan buat pertama kalinya kami dijamu dengan Laksa Mee.. Mungkin pembaca lain semua pernah makan.. tapi, untuk kami sekeluarga.. inilah kali pertama.

FYI, Laksa mee ini hanya boleh didapati di rumah-rumah org yang berasal dari kawasan Pantai Remis, Pangkor, Manjung, Beruas dan yang sama waktu dengannya.

Dan buat masa ini.. rasanya ianya belum terdapat di pasaran.. terutama di mana-mana pasar malam.


************
balik dari rumah tu.. ummi dah soal selidik dengan isterinya cara memasaknya... dan dia ada membekalkan kami 3 ketul laksa mee kering..

Cara-cara memasaknya:

Bahan-bahan ( 2 org )
• * 1 bungkus laksa mee

Bahan-bahan sup:-
• 5 biji bwang merah
• 5 ulas bawang putih
• Rm2 udang kecil
• 10 tangkal kacang pjg
• bebola ikan
• * fish cake ( jika suka) dan garam

Sambal mee:-
• 2 cm belacan
• 5 bawang merah
• 5 ulas bawang putih
• 10 tangkal cili kering
• Sedikit udang kering
• 3 keping asam keping
• garam n gula

Cara-cara
1. Sup:-
- tumis bawang merah n bawang putih sehingga wangi
- masukkan udang atau ketam atau isi ikan. Biar seketika
- masukkan air 3 cawan
- Bila mendidih masukkan kacang panjangg, bebola n fish cake
- garam secukup rasa

2. Sambal mee:-
- kisar bawang merah, bawang putih, belacan, cili kering, udang kering
- tumis bahan2 yg dikisar sampai wangi n masak
- masukkan asam keping,gula n garam secukup rasa

3. laksa mee dicelur sampai lembut n dicampur bersama sambal n sup.... Sedaaaappppp

* Cara Makannya
: Letakkan laksa mee setakat yang anda nak makan..
: Letakkan kacang pnjg goreng tadi..
: Taruk sambal secukup pedas
: Taburkan kuah sup seadanya. (TAPI! bukan mcm makan laksa biasa atau mee sup..) kuahnya sikit je.. sekadar membasahkan mee.. bukan merendamkan mee...

Sunday, October 4, 2009

Raya.. Day 5...

Catatan Khamis 24 Sept. 2009

Pagi seawal jam 4.30 kami telah bersiap untuk memulakan perjalanan kami yang panjang... kami pun bersalaman dengan Mak Pah dan mula bergerak pada jam 5.00AM. Perjalanan yang sunyi di lebuhraya...

Kami berhenti solat subuh pada jam 5.50 di Plaza Tol Smp
g Pulai.. Urusan selesai jam 6.20. Kami meneruskan perjalanan memasuki laluan Smpg Pulai - Lojing - Gua Musang. Semasa di kawasan Pos Raya.. baru abah terperasan.. laluan yg dipilih ini tiada stesen minyak! Penunjuk minyak pula berada kira-kira 3 garisan di atas E.

Memandangkan jarak bandar yg disasarkan (Gua Musang) ialah sekitar 200KM, abah terpaksa membuat keputusan yg agak sukar... kami terpaksa melencongkan perjalanan kami.. ketika sampai di Kg Ra
ja.. kami masuk ke laluan Brinchang dengan mengharapkan ada stesen minyak di kawasan berhampiran. Malangnya, stesen minyak terdekat di situ ialah Petronas Brinchang. Jarak sehala ialah 18.5KM x 2 = 37KM. Sepatutnya baca di sini dulu.. Jalannya sememang seperti ular kena palu. Masa yg kami terbazir untuk tujuan ini hampir 45 min.


Kami meneruskan perjalanan melalui Blue Valley, sehinggalah ke Bandar Gua Musan
g. Kami bertemu dengan konvoi dari Shah Alam di Masjid Tengku Faiz Petra.

Mereka telah tiba di situ kira-kira 30 min lebih awal dari kami. (Mereka bertolak dari Shah Alam jam 4.15AM) melalui Karak - Bentong - Raub - Lipis - Gua Musang. Di situ barulah 4 so bersaudara mandi pagi. Kami bersarapan bersama. Menunya Lontong Asli dimasak oleh Tok Lang Wan. Dimakan bersama rendang daging dan serunding ayam. Air pula dibekalkan.. mineral dan air kotak.


Jam 10.30 kami bergerak dari Bandar Gua Musang menuju ke Kubang Kerian. Perjalanan 4 buah kenderaan.. kereta abah, Avanza Pak long, MyVI Pak Uda dan van sewa Andak. Perjalanan kami boleh dikatakan lancar. Cuma kami banyak berhenti di Stesen Minyak... Al-maklumlah karenah 27 orang.. ada saja yg nak menunaikan hajat. Kami tiba di kawasan Kubang Kerian sekitar jam 2.00PM. Rumah persinggahan kami terletak di Demit. Ianya disewakan oleh Mak Ndak dengan kadar RM200 semalam..

Sah? Sah...




Malam itu, kami ke Masjid Kg Pulau, Kubang Kerian untuk majlis pernikahan Pak andak (Nazifi) dan Mak andak (Zanariah). Selesai majlis, kami ke rumah mak andak untuk makan malam.








LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Our Family

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers