Friday, December 25, 2009

Taqwim Hijri

Tarikh-tarikh penting dalam keluarga kami (mengikut kalendar Islam)

Abah :

20 Syaaban 1397H

Ummi:

7 Safar 1397H

Hari perkahwinan:

11 Jamadil akhir 1422H

Nabilah Sobihah:

18 Rabiul awal 1423H

Nasreen Sobirah:

4 Jamadil akhir 1425H

Nawfal Solihin:

9 Zulkaedah 1427H

Nawal Sofiyyah:

18 Zulhijjah 1429H





Wednesday, December 23, 2009

Sarawak Day 2



Pagi hari Rabu 2 Dis 2009, kami keluar dari apartment sekitar jam 9.00 pagi.. menunggu kenderaan yang akan membawa kami berjalan pada hari ini. Taukeh Ong tiba dengan kereta Merc nya jam 9.15 dan membawa kami ke pejabatnya. Di sana kami bertukar kenderaan kepada MPV Toyota Gaia dan pemandu pelancong kami ialah En. Rahim. Kami bertolak menuju ke Kg. Budaya, Pantai Damai. Perjalanannya mengambil masa kira-kira 40 minit.







Damai nya.. seindah nama...








Kami tiba di hadapan pintu masuk Kg. Budaya jam 10.15 pagi. Tiket yang dikenakan sebenarnya SANGAT mahal bagi kita.. Namun, memikirkan ianya satu tarikan pelancong yang sangat disebut-sebut, dan kedatangan ke sini bukanlah selalu maka terbanglah beberapa helai nota biru itu...



(Rumah Cina)



Rumah Melayu



(Rumah Orang Ulu)


(Rumah Melanau)




Di sini, pengunjung dapat merasai pengalaman memasuki rumah sebenar 7 kaum utama yang terdapat di Sarawak (Melayu, Bidayuh, Iban, Penan, Orang Ulu, Melanau & Cina) . Setiap rumah mempunyai keunikan tersendiri. Kalau kita nak cari rumah yang 'sebenar'nya di tempat tinggal mereka mungkin kos jauh lebih tinggi.








Masa kami habiskan dalam kampung ini mencecah 2 jam.. dan kami keluar setelah selesai persembahan kebudayaan di panggung yang selesa dengan beberapa persembahan menarik.


Selepas itu, kami bertolak kembali ke Kuching dan Solat di Masjid Negeri Kuching.


Selesai makan di kawasan pekan Satok, kami menuju pula ke Muzium Kucing, yang terletak di atas bukit.. berkongsi bangunan dengan Dewan Bandaraya Kuching Utara.


Kemudian, kami ke Kampung Melayu Gerisik. Di sinilah terletak ramai pengusaha kek lapis. Dan kami memilih untuk singgah di rumah kek lapis ini.


Perjalanan kami pada hari tersebut berakhir dengan abah singgah sebentar di pasar basah Satok untuk membeli sekotak ikan Terubuk masin...


Monday, December 21, 2009

Kek dari Mak Ngah

Sabtu lalu.. selepas kami ke rumah kenduri kawan ummi, di Sg. Kantan.. dan rumah mak ngah Husna di Kg. Jambu.. abah sempat meng'sms' pada Mak Ngah.. jika ada kek lebihan hari tu...




dan inilah hasilnya.. dalam masa kurang sejam... KEK COKLAT NAWAL...

Terima kasih mak ngah...


* gambar ini dicuri dari blog mak ngah 'dengan izin'

Thursday, December 17, 2009

Selamat Hari Lahir


Selamat hari lahir untuk anakku.. NAWAL SOFIYYAH.. 17 Dis. yang pertama.. Semoga dikau terus membesar menjadi anak solehah dan berguna untuk kedua ibubapa di hari muka.. juga untuk agama Islam tercinta..





Gambar pada tahun 2008



Di Masjid UNIMAS baru-baru ini..


Sedang nyenyak tidur di Lost World of Tambun 15 Dis 2009



Friday, December 11, 2009

Sarawak Day 1

Ini adalah ringkasan perjalanan kami sepanjang 4 hari ke Sarawak baru-baru ini...

Sebenarnya, percutian kami ke Sarawak telah dirancang sejak bulan Jun lalu.. Abah telah belajar2 membeli tiket Air Asia secara online. Walaupun tak dapat pada harga termurah, pun begitu lebih kurangnya 5 seat pergi balik kami dapat pada harga RM950.00 termasuk caj untuk seorang bayi.. yg berumur kurang 24 bulan.. Siapa lagi kalau bukan empunya blog ini... Nawal Sofiyyah.


Kami ke LCCT Air Asia (pun buat pertama kali) pagi Selasa 1 Dis 2009 dihantar oleh Uda, Cik Ajah dan Kak Long Amni. Kami tiba di sana kira2 dua jam sebelum waktu berlepas. Excited sangat la katakan.

Abah pun ke kiosk Air Asia untuk self-check in. Tapi komputer kata tak valid pulak. Mula la cuak.. dah la kita ni first timer. Tengok orang lain guna sebelum tu, senang je dapat boarding pass.

Selepas itu barulah kelihatan, kaunter check in untuk penerbangan AK **** telah dibuka. Abah pun menyorong troli untuk ditimbang dan mendapatkan boarding pass. Semuanya memerlukan dokumen perjalanan (KP @ sijil kelahiran) Memang abah dah bawak 4 helai surat beranak tu.

Jam 11.00 pagi kami masuk ke balai berlepas. Menanti pula di depan Gate 3. Nawfal yg terlalu bersemangat nak naik kapal terbang terus mengajak kami naik di Gate 2 (menuju ke Kota Kinabalu)
Apa lagi, jenuh juga nak memahamkannya flight itu ke tempat lain. Mujur la dia dapat juga menerima nasihat (setelah puas menjerit-jerit.. "nak naik kapaltobang!")

Jam 11.30 Gate 3 mula dibuka. Orang telah beratur panjang untuk pemeriksaan boarding pass. Kami relax la dulu duduk sebab line terlalu panjang. Al-maklumlah.. kalo flightnya penuh 180 orang (- 30 hotseat) . Buat apa nak cepat2.. sebab tempat duduk dah tetapkan.. Airasia.. itu pun kena bayar.. Advanced Seat Request.. sebab nak duk dekat2.. kalo tidak, nawfal di mana.. nawal dgn umi di mana.. abah di mana.. haru biru dibuatnya.

Kami pun dapat la duduk sederet.. (ada 6 seat) Sobihah-Sobirah-Ummi (laluan) Nawfal-Abah-stranger. Abih hati la dapat dok tu.. semua tersengih je.

Bila flight dah nak berlepas, steward suruh duduk elok dan pakai seatbelt. MAKA bermula la.. Nawfal ni tak nak duduk. Dia nak berdiri buat macam dia nak kereta abah dia. Nak tengok tingkap. Abah kata duduk.. taknak.. duduk.. taknak.. WAAAAAAAAAAA.....WAAAAAAA... (satu flight dengar teriakan budak laki terhebat ni) Tapi sebab dia duduk, orang tak nampak muka dia.. suaranya saja mengiringi perlepasan flight ni meninggalkan LCCT KLIA.

Setelah beberapa ketika dalam flight.. Nawfal pun terlena.. aman dunia.. kami pun sampai di Airport Kuching kira2 jam 1.30pm.

Setibanya di sana kami disambut dengan kereta Mercedes. Tauke ni merupakan kawan pakcik abah. Jadi dia yg akan menolong kami sepanjang kami di Sarawak. Kami dibawa ke apartment yg hanya kira2 4KM dari airport.




Petang tu kami terus ke Waterfront. Tak tau pun apa yg bestnya.. saja je pegi.. rupanya ianya berhadapan dgn main bazaar (tempat shopping souvenir) Kami pekena nasi lemak dan cucoq2 ja..

Ptg tu hujan pulak turun dgn lebatnya. Kami balik ke apartment berbekalkan beberapa brgn untuk breakfast pagi esok yg dibeli kat supermarket berhampiran (Premier 101)




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Our Family

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers