Wednesday, March 31, 2010

Cuba teka


Soalan: Antara 7 gambar diatas, yang manakah bukan dari orang yg sama?


* baru belajor Photoscape.. terima kasih Bro. Zeck...

Tuesday, March 2, 2010

Terkini...


Wajah-wajah 4 bersaudara...


1 tahun 2 bulan


3 tahun 3 bulan


5 tahun 8 bulan


7 tahun 9 bulan

Monday, January 25, 2010

Kak Ngah bertukar

Sejak Jumaat lepas 22 Jan. 2010 Kak Ngah tidak lagi datang ke PRA SKSV sebaliknya telah memulakan kelas di PRA SKK.

Terima kasih kepada Cikgu Heryanty dan Cikgu Mala dan PPM Kak Dini & Kak Shima atas tunjukajar dan bimbingan yang telah diberikan.

Monday, January 4, 2010

Kak Ngah di sekolah barunya..

Hari ini Kak Ngah memulakan persekolahan tahun 2010 di sekolah 'baru'nya...

Setelah 2 tahun Kak Ngah mengikuti kurikulum Pusat Asuhan Tunas Islam di Hulu Ber6, tahun 2010 Kak Ngah beralih angin @ arah untuk mengikuti sukatan baru Modul Pra Sekolah KPM yang berkuatkuasa tahun 2010. Diharapkan Kak Ngah dapat menyesuaikan diri dengan kawan-kawan barunya dan guru kelas yang baru..

Disamping itu juga, antara faktor lain yang menyebabkan pertukaran Kak Ngah ke sini adalah dari segi pengurusan masa abah @ ummi untuk mengambilnya waktu pulang. Kerapkali Kak Ngah terpaksa tinggal 'lebih masa' di dalam kelas PASTInya atau menunggu kehadiran abah di rumah ustazahnya berhampiran dengan kawasan PASTI.

Tak lupa juga Kak Ngah, abah dan ummi mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga pada pihak pengurusan PASTI Al-Husna yang telah mengajar, mendidik dan mengasuh Kak Ngah sejak awal 2008 sehingga akhir tahun 2009.


Kepada guru yang pernah mengajar Kak Ngah..

  1. Ustazah Siti Fatimah
  2. Ustazah Badriza Che Pi
  3. Ustazah Zu
  4. Ustazah Azura
  5. Cikgu Sukri selaku Pengurus PASTI







(belum ada kawan.. hari pertama...)


(di kelas baru Pra Harmoni)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Our Family

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers