Wednesday, March 25, 2009

Cuti @ Perak #4


Gambar terakhir siri percutian selama seminggu.. program 'kenduri kesyukuran' ini diadakan di rumah Mak Pah pada petang Jumaat 20 Mac.. tapi tak ramai yg dapat pulang sebab dibuat pada hari kerja.. Yang ada.. keluarga kami dan keluarga Najlaa.. serta dibantu oleh mak su Ayu & suami serta jiran2 kampung yang baik hati..


Berbaju putih ialah YB DUN Selinsing.. yang turut diundang hadir.. konsep jamuan.. secara hidang.. 1 talam 3-4 orang... menu: nasi putih, ayam rendang, kari ikan siakap, ikan sardin goreng, ulam (pucuk ubi, daun selom) & sambal belacan. Air: Sirap & air mineral... Anggaran tetamu hadir: 50 orang.

Tuesday, March 24, 2009

Cuti @ Perak #3


Kami sempat menyinggah di Taiping Sentral... sebelah Tesco Taiping.. konon2 nak bawak budak2 ni tengok cerita Geng : Pengembaraan Bermula.. tapi sayangnya, kat situ dah tak tayang.. takde permintaan kot.. Yg ada hanya di Ipoh, Selayang, Kepong dan beberapa ibu negeri lain.. tu pun pawagam besor2 je.. takde rezeki deme ni nengok kat panggung jugak.. dan hari akhir tayangan cerita upin ipin tu ialah 25 mac 2009.


So, dah naik kat tempat mainan-mainan ni.. depa punya la excited.. cuma Nawfal je kurang sikit. sebab dia masih kurang sihat... nak naik, tapi kena teman... ummi @ abah kena accompany.. huhuhu..

Mainan situ pun masih baru dan bersih.. so, selesa la.. macam kita yg rasmi... Tokennya standard.. RM1 each... Sekali-sekala boleh la.. kalau selalu2.. no way... abah ni bukan cop duit..




Nawal jugak yg terkepit ke sana ke mari... demi nak layan karenah 3 saudaranya.. dia TERPAKSA berkorban... it's their turns.. then, when it comes to my turn... they will know...(balas dendam ker?)

Monday, March 23, 2009

Cuti @ Perak #2

Hari kedua.. perjalanan dari daerah Perak Tengah.. ke daerah Kerian..
(melintasi daerah Manjung, Larut Matang & Selama)

Hari ni la juga kami baru tau... tentang pekan kecil yg namanya MATANG.. pekan Selama dah lama tau.. Pekan Larut tang mana pulak? Hah! ingatkan kat sarawak je ada Matang?


Perjalanan kami hari ini menempoh kawasan yg sedang bersiap sedia untuk pilihanraya kecil.. Bukit Gantang.. Gambar di atas.. bermula dari Kg. Sg. Papan, Padang Gajah, Terong.. menuju Taiping.. DUN Terong ni luas sangat.. pasai banyak estet Kelapa Bali... orangnya takde la ramai sangat...

Banner yang menarik perhatian ini terletak di persimpangan Changkat Ibol.. masa tu juga, jalan agak sibuk dengan penurapan tar.. jammed!
(tapi rasanya ini bukan Projek Maggi Segera ni.. dah lama dah depa dok plan nak turap jalan ni.. tapi tak dan!)


Banner masih di lokasi yg sama... kakak basikal ni, time orang shot gambar.. dia pulak melintas.. saja la nak enterframe.. tau dah nak masuk blog!

Bendera-bendera tu pula.. masa lalu kawasan Pekan Simpang..
kain rentang PAS tu.. di Simpang 4 Tol Kamunting..
Banner kartun.. di Cgkt Ibol..



Tiba-tiba saja teringat... orang luar asyik tanya, sedap ke Mee Banjir Udang? Kita yang dok kawasan ni pun tak pernah pi rasa.. Jom.. kona pi Kuala Sepetang jap... nanti kalau orang tanya lagi.. kita dah ada jawapannya...

Abah tu pun.. 1st masuk Pekan Kuala Sepetang.. atau nama glamernya Port Weld.. Singgah di masjid nya yang kecil comel.. utk Solat Jamak dan Qadha Hajat..


Warong Mak Teh ni la yg katanya masuk Majalah 3 TV3 dulu tu... lepas masuk TV, orang datang tak henti-henti.. dah jadi macam kenduri.. bangsalnya.. kanopinya.. pekerjanya... tapi rasanya perlu jaga kebersihan lebih sikit.. nak pesan kat sapa? Tuan Kedai ni bukan baca blog ni pun...

Masa kami pi hari Rabu petang, dan rupa-rupanya sehari lepas tu.. MB Nizar pun datang ke gerai yang sama.. bawa reporter Harakah makan mee udang.. baca S.I.N.I.

Kami tak makan kat situ pun.. bungkus je.. bawak balik rumah mak pah.. 4 bungkus... RM24. sebungkus ada 10 ekor.. so, kami dapat 40 ekor udang.. besor2 pulak tu.. tapi ini yg 'udang bela'.. kalo nak udang laut segar.. sebungkuih RM10-RM12... emm.. lain kali la pulak..

sambung lagi nanti...

Sunday, March 22, 2009

Cuti @ Perak #1

Taman ini pernah kami kunjungi.. pada tahun 2005.. masa tu Mak yong pi Mekah.. abah bawak Estema.. dgn anak2 makyong ke sini...

dan rupa2nya di sini juga, arwah Tok teh pernah jatuh basikal.. masa berlumba2 dgn mak pah.. zaman tahun berapa ntah la.. basikal yg tokteh naik, dipinjam dari Tok Ngah Din (penjara Aloq Setaq)

Seronoknya... main.. buai... gelongsor.. Nawfal demam.. dia tak dapat join kemeriahan ni...


Selepas penat beriadah di taman permainan Changkat di pekan Batu Gajah.. kami pun pergi menjamu selera di sebuah restoran makanan segera (tapi lambat jugak..)

Saturday, March 21, 2009

Selamat kembali...

Salam... Nawal & family baru saja pulang dr jalan2 cuti Malaysia (sekitar Perak je pun..) Insya Allah gambar2 menarik akan diletakkan sehari dua lagi.. penat lagi ni... semalam baru je abis kenduri kesyukuran utk Baby Najlaa.. dia pun dah balik pagi td ke Gombak... naik keta dgn maksu.. siap hntr ke kolej lg... seronok la tu..

Kepada pengunjung2 baru.. ahlan wa sahlan... bikum..

Monday, March 16, 2009

Anak pun ikut serta...

Dua tiga hari lepas... abah sibuk menguruskan dan memantau anak muridnya yang menyertai Kem Lencana PBSM yg dibuat di Teratak Riverview Resort. Tg. Malim.. (12km dr rumah)


Pada hari yg kedua, ada kesempatan utk bawa anak2 abah ke tempat perkhemahan dan mandi sungai (Sg. Bernam).. ini adalah beberapa gambar yg sempat dirakam...



Thursday, March 12, 2009

Tahniah buat 2 anak sedara...

Salam.. hari ini keputusan SPM sudah pun diumumkan...
Buat dua anak buah kami yg sulung... Syabas utk kalian..

1. Utk Kak Long (anak kepada Mak Yong) calon SPM di Taayah, Ipoh.
beginilah keputusannya...
A: Math mod, science, ICT
B: Sej, BM, BI, BA, QS & ....
C: Econs & Syari'ah

= 3A, 6B, 2C


2. Utk Kak Long (anak kepada Mak Ngah) Calon SPM di MRSM BP
begini pulak keputusannya...
A1: BM, Math
A2: Bio, Agama, sej
B3: Add Math, Fizik
B4: Chemistry, BI

= 5A, 4B

Mereka berdua ni di aliran yang berbeda.. sekolahnya pun berbeda...mana mngkin resultnya mau disamakan? yg pastinya.. mereka lahir di tahun yg SAMA..

Monday, March 9, 2009

Kak Ngah ikut rombongan abah...

Sabtu & Ahad lepas.. Kak Ngah ikut abah.. pergi rombongan sekolah SKSV.. ke KL & Melaka... ini antara gambar yg menarik dari Kak Ngah.. hehehe..





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Our Family

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers