Tuesday, January 27, 2009

Mainan kami


Ntah bila masa..

Kamera ini diambil.. dan disalahgunakan dengan merakam gambar2 permainan 4 so... macam2 di snap nya.. snap sana.. snap sini.. macam kat sini jugak la.. snap..snap..snap masuk blog

Ini lah hasilnya.. ada bakat tak? mungkin kah mewarisi bakat Tok wan? atau Mak Ngah? atau skill yg belum digilap dalam diri Mak Uda?

Pelawat Cuti CNY


Salam... Nak tau saper datang lawat Nawal semalam??? Hehehehe... Kawan baik umi...ACIK DIHA .... Bawak hadiah lagi.. Besar benorr!! Acik Diha ni sama ngajar ngan Ummi kt SK Kalumpang dr 2005...tapi tengah tahun lepas (2008) Acik Diha dapt tukar ke SK Rawang... Tinggal la Ummi ...Huhuhu....

ACTUALLY...Acik Diha dari Proton City rumah abg iparnya... Bawak Hasif (anak Cik Diha) jalan-jalan katanya....ye lar cuti lama sikit nie...

MMMM... SAYA??? Bila lagi nak jalan-jalan??? (bukan guna kaki.. tapi naik keta.. sambil rasmikan baby car seat yg Pak Lang bagi dulu tu...) Tapi tak per.... ummi dah abis pantang nanti mesti jalan punya lah.. confirm!!! takkan nak dok rumah je kot, kan abah???

****
Mak su Na pun ada kat rumah Nawal ni.. sampai di KTM KKB tghari smalam. Mungkin besok maksu balik ke rumah Mak Pah...

****
Jap lagi Pak Uda pulak nak dtg... tapi belum sampai2 lg... Alamak! hadiah besday Pak Uda nak bagi ape hah?

Pelawat
48. Acik Diha & AcikKamal + Hasif

Hobi Baru..


Baru nak berjinak-jinak dengan hobi baru.. beli dan bela ikan hiasan. Saja buat tambah aktiviti harian.. Tapi yang dalam mangkuk (gmbar B) dah menyahut seruan Ilahi. Tinggallah aku sekor je... (gambar A)

Monday, January 26, 2009

Selamat Hari Lahir untuk SEMUA

Berikut ialah besday sedara-mara Nawal untuk bulan Januari...

Nama-Lokasi-Tarikh-Umur Semasa

Pak Long Azami (Kalumpang) 1-Jan 41

Pak Ngah Sani (Kajang) 2-Jan 42

Mak Cik Sha (Gombak) 6-Jan 24

Mak Su Najwa (Shah Alam) 13-Jan 14

Pak Uda Nubli (Ampang) 16-Jan 27

Pak Ngah Saiful (Bangi) 16-Jan 42

Kak Long Atiqah (Bota) 26-Jan 18

UMMIku.. (home) 28-Jan 32

Mak Pah balik naik Tren

Menggunakan Tren Ekspress KL- Ipoh...
dengan tambang RM7..
mengambil masa hanya 99 minit sahaja..
(berbanding Bas Sri Maju 150 minit lebih)

kekerapan.. 5 kali SEHARI..

Tren Mak Pah... Tjg Malim 1021.. Ipoh 1200.


Gambar Kenduri


Semua gambar di atas diambil semasa dlm perjalanan antara Kalumpang ke Ulu Kelang..
Melalui jalan Ulu Yam - Batang Kali... kira shortcut la jugak... 75KM utk sampai ke sana.
Panoramanye cantik..



A.Ini namanya berkelah sambil mkn kenduri...
B. Mak yong, mak uda, mak pah..
C. Sobihah, Nawfal n Amir.. dlm 'grenvina'
D. Zaid, Amir dan Amirah.. bersama bonda mereka..




A. Pintu gerbang dalam dewan
B. Suasana dalam dewan
C. 1 ibu 4 beradik (3 tiada di gmbr )
D. Mak pah bertemu dgn adik ipar...




A. Ketibaan dua mempelai masuke ke dewan.. menuju ke meja santapan
B. Posing.. berpuluh-puluh kamera memancarkan flash tanpa henti..
C. Kelihatan dua pengapit sedang mengambil tempat
D. Bacaan doa oleh Hj. Samsuri (Pengurus Katering)

Sunday, January 25, 2009

Ramainya orang datang melawat..

Semalam adalah hari yg sungguh menyeronokkan untuk baby Nawal.

Ramai sanak-saudara.. sepupu-sepapat datang melawat..
Berikut adalah 'long list' pelawat yg telah menjengok ke rumah Nawal...

35. Tok Man
36. Opah Yan
37. Pak Su Mustaqim
38. Uda Balqis
39. Acik Wani

*all the way from Presint 12 PJ.

40. Mak Yong
41. Pak Long
42. Helmi
43. Amirah
44. Muadz
45. Amir
46. Zaid

* dari BOTA... Tmpt YB yg lompat masuk PKR tu...

47. Mak Uda... dari Mahallah Sofiyyah
(itu pun jenuh pujuk nak dtg sini.. bukan main sayang benor kat hostelnya... taknak lama2 pulak tu... tido semalam pun dah mujur..)

Pelawat ulangan... MAK PAH dari Semanggoi...

Saturday, January 24, 2009

Kak Zie datang..

SEMALAM.. hari Jumaat.. penghulu segala hari..
Selepas tamat waktu sekolah.. Nawal dikunjungi oleh kawan ummi..

Pelawat ke 34...
Kak Zie @ Cgu Fauziah.. bersama anak-anaknya Farisha dan Faris...


******
Nawal masih menunggu kedatangan Mak Yong Jiha, Mak Ngah Rahmah dan Mak Uda Doublea...
Bila agaknya??

Thursday, January 22, 2009

Pelawat 3M


Petang ini.. Nawal dikunjungi oleh 3 M

31. Masijah
32. Mashitah
33. Maziah

Bukan nya membaca menulis mengira... tapi itulah pelawat 3M hari ini.. kesemuanya rakan sekerja ummi...

Wednesday, January 21, 2009

Klinik Kesihatan Kalumpang

Hari ini temujanji adik Nawal di Klinik Kesihatan Kalumpang. Adik Nawal menjalani pemeriksaan rutin dari misi. Timbang, ukur, soaljawab berkaitan kesihatan, perkembangan... lepas tu kena cucuk.. sakit? memang la...

Tapi tak semena-mena.. dua SO yg ikut serta turut mendapat pemeriksaan rutin dari misi. Sebenaq nya depa berdua ni dah nearly SETAHUN tak pi cek kat klinik. Kak Ngah last visit was Mac 2008.. Nawfal pulak Disember 2007. Bayangkan la.. betapa jauh senggangnya.. dah la tak amik ubat cacing.. tak cucuk.. kira salah la tu.. mujur la ibubapanya tak kena 'bambu' sangat... tadi misi nak gariskan graf 'berat badan' pun susah..

So, hasilnya.. Nawfal kena la cucuk.. D.A nama nya. Kak Ngah pula diberi ubat cacing. mujur ubat nya mcm vitamin je.. dia makan buat biase je... Nawfal la kena cucuk kat peha.. kuat jugak dia meronta. Malam ni dia diberi ubat .. sebab cucuk tu membawa demam kata misi tadi...

Kak Ngah beratnya hanya 15 kg. So.. misi suh banyakkan makan. lagi tiga bulan nak tengok perkembangan berat nya. Nawfal pulak beratnya 11.4kg. dah hampir sama kak dah.. nawfal memang la KUAT MAKAN... huhuhu..

Nawal pula.. selepas diperiksa Doktor.. katanya ada sedikit flu. Tengok kat hidung nya mcm ada 'kerak hingus' sikit.. rasanya sebab tidur berkipas la tu... mana tak nye?? Skrg cuaca panas malam2... kalau x pasang kipas... x boleh tidur...

"Sofiyyah.." panggilan dari Doktor pada baby Nawal. Eh! fasih pulak sebutannya. Wal hal.. doktor ni bukan melayu.. bukan arab... tetapi.. ha-ya-nun-dal-waw...

Next appointment.. 18.2.08 untuk Nawal dan Nawfal. Kak Ngah lambat lagi... plus bondanya..

Tuesday, January 20, 2009

Mak Cik Chah datang...


Petang Isnin 19.1.09.. Nawal Sofiyyah dilawati oleh kawan abah dan ummi. Namanya Makcik Chah.. Makcik Chah ini lah yg menolong hantar dan ambil kakak (Sobihah) ke sekolah agama -petang- kalau abah ada urusan mesyuarat dan lain-lain. Dah lama jugak la Makcik Chah ni kenal dgn abah & ummi.. sejak 1994-95 masa belajor dulu...

Ada hadiah yg dibawa oleh makcik Chah ni rupanya.. terima kasih bnyk2. Hadiah Beg bewarna kuning... Abg Nawfal yg menggayakannya semasa photo-shot dilakukan..

~~~~~~~~~

Pelawat ke 30.. Mak Cik Chah

Monday, January 19, 2009

Akad Nikah Mak Long Ijan


18.1.09 - Tgh hari Ahad.. Abah, kakak dan kak ngah pergi ke Masjid As Sabirin Ulu Klang untuk tengok Mak Laong Ijan akad nikah. Kendurinya minggu depan.. sabtu.. buat di Dewan AU2...

Sunday, January 18, 2009

Santai..

"Bersantai bersama Akhil Hay & Waheeda"
17.1.09 Sabtu 9.00 Malam Dewan Tun Razak Tjg Malim.



Semalam kakak dan kak ngah dan nawfal serta abah tengok Akhil Hayy dan Waheeda kat Tjg. Malim . Best la jugak Akhil Hayy je nyanyi. Waheeda tak nyanyi pun cuma ceramah je. Tak best la macam itu. Waheeda nyanyi kan sedap. Lepas tu, dah boring dan ngantuk.. kami semua keluar pegi gerai, beli air, mainan untuk Nawfal supaya dia tak meragam. Lepas tu, kami tengok sekejap dari luar dewan.. dah jam 11 malam. Abah pun ajak balik... Tak tau la habis pukul berapa. Mula nya lambat sangat. Jenuh nak tunggu. Tulis dalam tiket mula jam 9PM, tapi jam 10 baru nak mula...

Saturday, January 17, 2009

Genap sebulan

Alhamdulillah hari ini adik Nawal genap umurnya sebulan... kalo masa baru lahir dulu.. muka nya berisi.. semangat dan comel..

sekarang nampaknya dah ilang dah gebunya tu.. rambut yg dicukur pun dah mula tumbuh... sama pendek dgn rambut abgnya..

tinggal 30 hr lebih kurang baki cuti ummi...
lepas tu.. mula lah adik nawal dihantar ke rumah Ibu Mala.

30 hari : Nawal hadir ke dunia ini...

Monday, January 12, 2009

Nawfal.. terkunci!

Tajuk nye saja dah menerangkan segala-galanya.

Jam 3.00pm sedang kak ngah dan nawfal bersiap-siap untuk ikut abah ke sksv.. tetiba, nawfal yg belum lengkap berpakaian.. pandai2 pulak pi masuk bilik abah umi sorang diri dan tutup pintu, tekan tombol LOCK!!!

Emm... mula2 relax la.. abah amik kunci rumah... ingat kan boleh bukak... RUPA nya.. x bfungsi kunci tu! Aduhhh.. mula la gelabah.. macam2 kunci di cuba.. di try.. di test.. TAK BOLEH jugak.. Guna plastik keras utk slit celah pintu.. Selalu jadi.. tp kali ini tak jadi.. huhuhuhu..

Then.. jumpa Tok Penghulu KIP.. mintak kunci spare.. TAK BOLEH jugak.. pelik.. pelik.. tapi benar..

Abg Nawfal, yg mula2 tu bersuara suh bukak pintu.. akhirnya diam begitu shj tekunci di sblh dalam... Umi dah gelabah.

Abah turun, cari tangga panjang.. Ingat kan nak panjat kot tingkap. pi kat surau.. jumpa dgn pakcik jaga.. dia kata tangga ada kat sblh blok A.

Masa nak gi amik tgga, Tok Ngulu tegur abah... dah boleh bukak ke? Belum.... Jom sy pi tengok..

Dengan menggunakan beberapa kepakaran dan peralatan yg Tok Ngulu ada.. jam 3.25 akhirnya tombol pintu dapat 'dimusnahkan'..

Kelihatan Abg Nawfal terbaring 'naked' dengan muka yg 'cuak', pucat dan kus semangat.

Terima kasih diucapkan kepada Tok Ngulu KIP. Jam 3.30 abah, kak ngah n nawfal bergerak pantas ke SKSV utk latihan sukan abah... dah lewat pun tak ape.. janji datang.. better than tak datang lgsg...

Banyak pengajaran dr peristiwa hari ini...

Walau ape pun.. ALHAMDULILLAH.. SYUKUR. semuanya selamat..
***********

Pelawat hari ini:

No. 29 - Cg Azlin (Kwn umi yg sdg sambung PKPG) - datang sebelah pagi...

Thursday, January 8, 2009

pelawat seterusnya..

28. Ibu Ain dan anak-anaknya...

Wednesday, January 7, 2009

Day 21

Hari ini buat kali pertama nya.. Nawal akan dihantar ke rumah 'Ibu Mala' iaitu ibu pengasuhnya.. yg terletak tidak jauh dari rumah maklongnya...

Jangan pula terkejut, kenapa dah nak hantar ke rumah orang.. wal hal baru hari ke 21. Sebenarnya, 7 jan adalah hari appointment Hospital Slim untuk Bonda Nawal.

Ini adalah kesan daripada ketidak-seimbangan pulse rate bondanya selepas kelahiran Nawal tempohari. Appointment adalah di Klinik Pakar O n G.

Nawal juga tidak keseorangan. Turut menemaninya buat kali pertama ini ialah Abang Nawfal nya dan juga kak ngah yg masih bercuti dari menghadiri kelas Pastinya...

Tuesday, January 6, 2009

Botak...


Nawal Sofiyyah telah selamat dicukur

Sunday, January 4, 2009

Picture of the day




Day 18

Senarai Pelawat:

27. Pak Uda Nubli

Semalam Pak Ude datang naik kereta Myvi. Pak Ude datang sorang-sorang. Hari ini hari ahad. Rambut Adik Nawal sudah dibotakkan oleh abah. Sekarang kepala dia macam abang wowo.

Esok hari Isnin, kakak dah mula sekolah darjah satu. Tapi tak tau kelas mana. Agak-agak kelas 1U kot-kot la. Petang pula sekolah agama.

- semua ini ditulis oleh Sobihah hehehehehehehe.

Thursday, January 1, 2009

Day 15 - Tahun Baru 2009

Hari ini rumah Nawal dikunjungi oleh beberapa rakan baik ummi.. jiran di kuartes.. juga sama tempat mengajar dengan ummi... di sklh..

sambung list:

25. Kak Dah BGP (bersama dgn Nurin, Fahmi & Danish)
26. Kak Sheedah DAG (bersama dgn Rina & Remy)

dan juga pelawat ulangan Kak Mah SKK..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Our Family

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers