Tuesday, October 27, 2009

Family day

Rangkuman gambar program Hari Keluarga SKK.. ke Le Paris Hotel, Port Dickson.

sempat singgah di RnR Dengkil



Muzium Tentera Darat, Si Rusa, Port Dickson.


Kolam hotel. Habis hati le tu.. tapi kenapa menangis??

di arena bowling.. Level 3 hotel..

acara tepian pantai..



sebelum pulang...

Monday, October 19, 2009

Pekena Laksa Mee


Salam.. semalam kami berkunjung ke rumah seorang blogger.. berhampiran dengan rumah kami... dan buat pertama kalinya kami dijamu dengan Laksa Mee.. Mungkin pembaca lain semua pernah makan.. tapi, untuk kami sekeluarga.. inilah kali pertama.

FYI, Laksa mee ini hanya boleh didapati di rumah-rumah org yang berasal dari kawasan Pantai Remis, Pangkor, Manjung, Beruas dan yang sama waktu dengannya.

Dan buat masa ini.. rasanya ianya belum terdapat di pasaran.. terutama di mana-mana pasar malam.


************
balik dari rumah tu.. ummi dah soal selidik dengan isterinya cara memasaknya... dan dia ada membekalkan kami 3 ketul laksa mee kering..

Cara-cara memasaknya:

Bahan-bahan ( 2 org )
• * 1 bungkus laksa mee

Bahan-bahan sup:-
• 5 biji bwang merah
• 5 ulas bawang putih
• Rm2 udang kecil
• 10 tangkal kacang pjg
• bebola ikan
• * fish cake ( jika suka) dan garam

Sambal mee:-
• 2 cm belacan
• 5 bawang merah
• 5 ulas bawang putih
• 10 tangkal cili kering
• Sedikit udang kering
• 3 keping asam keping
• garam n gula

Cara-cara
1. Sup:-
- tumis bawang merah n bawang putih sehingga wangi
- masukkan udang atau ketam atau isi ikan. Biar seketika
- masukkan air 3 cawan
- Bila mendidih masukkan kacang panjangg, bebola n fish cake
- garam secukup rasa

2. Sambal mee:-
- kisar bawang merah, bawang putih, belacan, cili kering, udang kering
- tumis bahan2 yg dikisar sampai wangi n masak
- masukkan asam keping,gula n garam secukup rasa

3. laksa mee dicelur sampai lembut n dicampur bersama sambal n sup.... Sedaaaappppp

* Cara Makannya
: Letakkan laksa mee setakat yang anda nak makan..
: Letakkan kacang pnjg goreng tadi..
: Taruk sambal secukup pedas
: Taburkan kuah sup seadanya. (TAPI! bukan mcm makan laksa biasa atau mee sup..) kuahnya sikit je.. sekadar membasahkan mee.. bukan merendamkan mee...

Sunday, October 4, 2009

Raya.. Day 5...

Catatan Khamis 24 Sept. 2009

Pagi seawal jam 4.30 kami telah bersiap untuk memulakan perjalanan kami yang panjang... kami pun bersalaman dengan Mak Pah dan mula bergerak pada jam 5.00AM. Perjalanan yang sunyi di lebuhraya...

Kami berhenti solat subuh pada jam 5.50 di Plaza Tol Smp
g Pulai.. Urusan selesai jam 6.20. Kami meneruskan perjalanan memasuki laluan Smpg Pulai - Lojing - Gua Musang. Semasa di kawasan Pos Raya.. baru abah terperasan.. laluan yg dipilih ini tiada stesen minyak! Penunjuk minyak pula berada kira-kira 3 garisan di atas E.

Memandangkan jarak bandar yg disasarkan (Gua Musang) ialah sekitar 200KM, abah terpaksa membuat keputusan yg agak sukar... kami terpaksa melencongkan perjalanan kami.. ketika sampai di Kg Ra
ja.. kami masuk ke laluan Brinchang dengan mengharapkan ada stesen minyak di kawasan berhampiran. Malangnya, stesen minyak terdekat di situ ialah Petronas Brinchang. Jarak sehala ialah 18.5KM x 2 = 37KM. Sepatutnya baca di sini dulu.. Jalannya sememang seperti ular kena palu. Masa yg kami terbazir untuk tujuan ini hampir 45 min.


Kami meneruskan perjalanan melalui Blue Valley, sehinggalah ke Bandar Gua Musan
g. Kami bertemu dengan konvoi dari Shah Alam di Masjid Tengku Faiz Petra.

Mereka telah tiba di situ kira-kira 30 min lebih awal dari kami. (Mereka bertolak dari Shah Alam jam 4.15AM) melalui Karak - Bentong - Raub - Lipis - Gua Musang. Di situ barulah 4 so bersaudara mandi pagi. Kami bersarapan bersama. Menunya Lontong Asli dimasak oleh Tok Lang Wan. Dimakan bersama rendang daging dan serunding ayam. Air pula dibekalkan.. mineral dan air kotak.


Jam 10.30 kami bergerak dari Bandar Gua Musang menuju ke Kubang Kerian. Perjalanan 4 buah kenderaan.. kereta abah, Avanza Pak long, MyVI Pak Uda dan van sewa Andak. Perjalanan kami boleh dikatakan lancar. Cuma kami banyak berhenti di Stesen Minyak... Al-maklumlah karenah 27 orang.. ada saja yg nak menunaikan hajat. Kami tiba di kawasan Kubang Kerian sekitar jam 2.00PM. Rumah persinggahan kami terletak di Demit. Ianya disewakan oleh Mak Ndak dengan kadar RM200 semalam..

Sah? Sah...




Malam itu, kami ke Masjid Kg Pulau, Kubang Kerian untuk majlis pernikahan Pak andak (Nazifi) dan Mak andak (Zanariah). Selesai majlis, kami ke rumah mak andak untuk makan malam.








Friday, October 2, 2009

Raya.. edisi 3

Sekadar 24 keping gambar untuk tatapan pengunjung.. Suasana di hari raya...

hari raya ke tiga dimulakan dengan majlis bersalaman dan pemberian duit raya...

Mak Yong...
Mak Ngah.. baju raya versi pagi...
anak makngah.. zainab.. abah...
Pak Lang 'buli' sobihah sebelum beri sampul..


hai, mak uda.. senyum senget nampaknya..
dalam hati siapa yang tahu??

ke rumak Tok Lang Faridah isteri kepada Pak Lang Abdullah (biras kepada Mak Pah) di Kebun Sireh, Bukit Mertajam.Tok Lang ada 2 orang anak.. nama Zamani dan... (lupa) Zamani telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya beberapa tahun lalu.

Di depan rumah arwah Tok Ndak Li... (bapa saudara arwah Tok wan) di Machang Bubuk. Sekarang rumah tradisional yang berusia 109 tahun ini didiami oleh Tok Cik Mat Nasib & keluarganya..

tapak kilang kicap di hadapan rumanya pula telah didirikan rumah untuk Tok Cik Yam (kakak Tok Cik Leha)

kami beraya di Tanah Liat.. rumah Tok Su Razak (adik kepada Tok Cik Leha)
kebetulan memang depa buat rumah terbuka.. pekena bihun sup panas2.. sedappp...
nawfal meragam.. naik basikal orang.. lepas tu jatuh.. NANGISSSS..

sekian buat masa ini...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Our Family

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers