Sunday, April 26, 2009

Nawfal & Abid

Malam tadi..

kami menghadiri jamuan perpisahan di rumah 'mak' pengasuh Nawfal dan Nawal.. Jamuan tu untuk meraikan seorang rakan sepermainan Nawfal yg bernama ABID yang akan berpindah mengikut keluarganya.. khabarnya akan ke Seremban N9. (ada jugak sorang pakcik Nawfal yg namanya ABID...)

Abah membawa 3 so sahaja.. so yg paling junior tinggal di rumah bersama ummi yg masih kepenatan berpanas terik sukan pada siang harinya.

Cerita pasal sukan dulu..

Mungkin pihak penganjur tak kaji betul2 timing untuk acara yg dijalankan.. berjumlah 52 acara. Hasilnya, jam 1-30 tghri, murid masih di tgh2 padang.. Kalau dibanding dgn sklh abah, acara pd hari sukan hanyalah 26 shj. Itupun penutupnya dah menjangkau ke tgh hari. Patutnya, SU sukan & PK Koku kaji dulu.. acara2 yg patut diadakan pd hari sukan sebenar, dan acara yg diadakan pada hari2 sebelum sukan. Dealing dgn murid sekolah rendah ni lebih susah. Tanya la Mak Ngah Ashley...mcm mana murid-muridnya? Kalo cikgu sekolah menengah mcm Makcik Sonata atau Kak Ros.. lebih senang rasanya. Cik Hassan.. mcm ne?


Pasal pengasuh pulak..

bagi Nawfal, ini merupakan pengasuh keempat dalam hidupnya. 1stly, pada awal 2007.. masa kami baru berpindah ke 'sini'.. Nawfal ditinggalkan bersama pengasuh yg bernama Opah Yam. Dia dtg naik basikal ke rumah kami.. seawal jam 7.. dan pulang kira2 jam 4 ptg. Tapi, jodohnya tak lama.. hanya seminggu lebih kurang. Sebabnya; rumah kami di kuarters masa tu Tingkat 4.. dan Opah Yam ni ada masalah 'semput'.Dia tarik diri tanpa memberiathu apa-apa dan menghilangkan diri membuatkan kami tertanya-tanya.. kenapa? Kami pergi mencari rumahnya utk bertanya khabar, tapi rumahnya kosong. Kira-kira sebulan selepas itu baru dapat berjumpa dan memberi wang saguhati atas khidmatnya.

Selepas itu, Nawfal dihantar ke rumah Opah @ Mak Cik Yati.. di Taman Musabika. bersama dengan kak Ngah yg ketika itu 2 tahun stgh. Alhamdulillah.. mereka kekal di situ hinggalah pertengahan tahun 2008. Terima kasih Mak Cik Yati atas jasa anda.

Pertengahan 2008, kami sekeluarga mengambil seorang sepupu ummi untuk tinggal bersama kami.. sebagai pengurus rumah.. (pembantu rumah la tu..) Namanya yg glamer, Kak Intan. Eh! sama pulak dgn nama timangan Opah kami di semanggol tu.. Kak Intan tinggal bersama kami selama 5 bulan. Semua makan-minum, pakaian.. Kak Intan yg uruskan.. rumah kami lebih kemas dari biasa. Ummi pun dapat berehat lebih.. masa tu, ummi sedang mengandungkan Nawal... Tujuan asal ambil Kak Intan untuk duduk dgn kami, sebab nak jaga baby yg akan lahir... tetapi Allah Maha Merancang...

Selepas Hari Raya Puasa.. kak Intan tidak dapat meneruskan khidmatnya bersama kami lagi. Sebabnya, dia nak bertunang pada bulan 12 tu.. dan menumpukan perhatian pada keluarganya di Sekinchan.

DI SINI NAK DIUMUMKAN..

KAK INTAN AKAN MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN PADA 9 HB MEI 2009 BERTEMPAT DI SEKINCHAN.

kepada sesapa pembaca blog ni yg turut dijemput sama.. kita jumpa di sana insya Allah.

dan pengasuh terkini.. utk Nawal dan Nawfal..

Dipanggil Mak Mala... isteri kepada seorang Jurutera Proton Tg. Malim.. bermula sejak 1 hb 2 2009 hingga sekarang. So far, ok... sebab anak2 Mak Mala yg dah besar tu sgt rajin entertain Nawal dan Nawfal. Mak Mala pulak nak sangat jaga baby girl... sblum ni asyik jaga baby boy je katanya ..

itu saja coretan pagi Ahad ni berkaitan pengasuh (yg melibatkan Nawfal dan Nawal je) dan di bawah ini gambar Nawfal di rumah Mak Mala.. malam tadi.





Saturday, April 25, 2009

Lumba basikal & Sukan

Hari ini Sabtu 25 April.. ummi dan kakak ke sekolah. Mereka akan menyertai Temasya Sukan Tahunan sekolah.. Nawal dan Nawfal dihantar ke rumah pengasuh jam 9 pagi tadi.. selepas itu, kak ngah dan abah ke Pekan Tg. Malim.. untuk beberapa events pada hari ini...

Antaranya.. di pintu depan pagar UPSI Tg. Malim.. jam 1000, Jelajah Malaysia Peringkat ___ akan bermula.. mereka akan melalui Kalumpang - Kerling - Kuala Kubu - Batang Kali dan terus mendaki Genting Highland...

Kemudian abah ke ATM.. keluar dan masukkan duit...

Selepas itu, kami melawat beberapa klinik sekitar TM.. abah yg nak cucuk... bukan kak ngah...

Jam 11 lebih.. selesai urusan abah. Kami ke sekolah kakak.. seperti dijanjikan Ilahi, masa kami sampai tu.. giliran kakak untuk lari... tengoklah gambar di bawah ini..

Wslm.











Friday, April 24, 2009

Hadiah & Kereta

Salam untuk pengunjung blog nawalsofiyyah...

Bayi Nawal ini menjangkau usia 4 bulan 1 minggu... dan hari ini Nawal menerima hadiah kelahirannya daripada Kelab Staf tempat ayahnya bertugas..

Mungkin agak lewat.. tetapi nak kata pepatah.. Better late than never... kan?
hadiah dari Kelab Staf ini hanya diberikan kepada anak pertama yg lahir di tempat berkenaan... walaupun Nawal ini anak ke4.. sebenarnya..

Jika recall semula...

anak pertama: Sobihah.. lahir semasa ibubapa bertugas bersama-sama.. di IQRA' Institut, Sek 9 Shah Alam.. 2002. Dapat hadiah dari kelab Staff: buaian besi.. yang masih digunakan sampai sekarang.

anak kedua: Sobirah.. lahir semasa abah sedang mengikuti KPLI di MPI Bangi.. 2004. Classmates semasa tu hadiahkan Kelambu Bayi... dan.. ape ye.. lupa dah.. *masa tu ibunya surirumah sepenuh masa.

anak ketiga: Solihin.. lahir semasa ibu bertugas di Kalumpang.. 2006 - abah pula di Selat Pulau.. emm... tak ingat la apa hadiah yg KeStaff bagi.. rasanya pakaian kot..

dan keempat.. Sofiyyah... 2008. nak tahu nawal lahir di hosp mana? selak lah entry2 awal blog ini.. semuanya ada tercatat...






dan ini abang Nawfalnya dengan bangga memegang kereta Ferrari Shell Limited Edition... warna kuning tu.. boleh lawan ke dengan kereta abah??

Wednesday, April 22, 2009

Semasa cuti Isnin baru-baru ni...

Kalau dalam entry sebelum ni.. ada gambar Najlaa baru lahir..
ini pula Najlaa yang sudah berusia 70 hari ++.

Gambar ini diambil semasa kak Ngah dah abah pegi jalan ke Gombak hari Isnin lepas.. abah cuti.. K- Ngah pula ponteng.. sebab K-Ngah passenger tetap abah... pagi dan petang.. setia dengan kereta BGF..






Hehe.. cermin ajaib... Kiri: Furaihatun... Kanan: Najlaa

Kak Ngah di kwsn sekitar masjid Sultan Ahmad Shah UIAM Gombak



Bila Izrail.. datang memanggil.. jasad terkujur di pembaringan..
Al-Fatihah buat Nenek kepada Amni, Aiman, Auni, Aiman dan Afiq (sepupu kami la ni).
Nenek Hjh. Bersih menghembuskan nafas terakhir
di Hosp. Slim River pada 20 April 2009.


Atok, Atokecik, Mak Su, Andak..
datang dr S-Alam untuk memberi penghormatan terakhir..
Lokasi: Felda Sohartoe, Hulu Selangor.


Monday, April 13, 2009

Kakak.. oh.. kakak..


Hari ni abah balik lewat.. dekat jam 7 mlm baru sampai rumah.

Al-maklumlah, sekolah abah jadi tuan rumah Bola Tampar Daerah. Isnin dan Selasa.

"Abah.. abah.. kakak dapat No. 1.. ujian sekolah agama.."

"Tahniah.. tahniah.. bagus la.."

Abah pun belek 'report card' yg berwarna biru tu..
No. 1 dari 46 orang.. Alhamdulillah... kelas 1 Syafie.. SRA Kalumpang.

"Emm... Bagus! Anak abah memang hebat! memang power..."

Senyum la kakak... sampai telinga..

Begitulah perasaan excited nya seorang anak bila dapat sesuatu yg membanggakan...

Dia pun cerita la.. mcm mana situasi kat kelas td..
Ustazahnya yg bernama Pn. Fathonah..
mengedarkan kad itu mengikut turutan nombor kedudukan dlm kelas.

Dia bersama 2 murid lelaki lain..
diarah berdiri atas kerusi..
sebelum diumumkan nombor masing-masing.


Syoq sgt la dia...
Last 2 week, dia ada dpt hadiah jugak.
'Bacaan Lancar Murid Tahun 1'.

dapat medal pertama dari SK..
Sebelum tu, dia ada terima hadiah dari GB SKK..
antara murid tahun 1 yg skor 5A subjek teras.. (diorang guna sistem UPSR)

Sebelum ni, dia dah mula buat koleksi medal dari kelas PASTI 5 tahun.. dan kelas PASTI 6 tahun...

Mungkin bagi sepupu-sepupunya yg lain...
from keluarga Mak Yong Jiha.. Mak ngah ashley...Pak Lang Hibah..
kejayaan sebegini sudah terlalu 'biasa' untuk mereka...

tapi bagi keluarga kami.. dia ni anak yg sulung...
so, perasaan tu masih belum berapa 'biasa'...


Kakak.. jadilah insan seperti yg tercatat pada namamu..
NABILAH SOBIHAH : (yang pintar... yang ceria...)

Monday, April 6, 2009

Beberapa event...





Friday, April 3, 2009

Selamat hari lahir...



3 April 1988

Happy 21st...


Kek ini kami tujukan buat Mak Su kami yg berada nun jauh di menara gading.. dengan ucapan.. Semoga dipanjangkan umur... sihat tubuh badan... menjadi anak yg solehah...

sempena hari lahir mak su yg ke 21.. Kalo nak tahu, nama glamernya Nailah Mumtazah..

dari:
Abah..Ummi..Sobihah..Sobirah.. Solihin..Sofiyyah..

Thursday, April 2, 2009

Dah semakin sihat...

Salam untuk semua.. agak lama blog ini menyepi.

Nawal sebenarnya kurang sihat sejak 2-3 minggu yang lalu.. ada selesema, batuk dan muntah.. last week semasa rutin check di Klinik kerajaan di sini.. dr. situ minta refer pada hospital yg berdekatan..

Pagi Khamis lepas 26 Mac.. masa tu abah nawal kursus.. lebih kurang 85Km dari rumah... so, terpaksa lah ummi bawa Nawal ke hospital. Sapa nak pegang Nawal... ummi fikir2.. dan terus berfikir... nak ajak rakan sekerja.. mana boleh.. waktu bertugas masa tu.. pagi..

Ummi teringatkan seorang jiran kami yg tidak bekerja.. lantas terus menghubungi 'Cik Su' menceritakan tentang bantuan yg diperlukan dari Cik Su. Jadi Cik Su lah yg memegang Nawal sepanjang perjalanan kira2 30KM ke Hosp berhampiran...

Di sana, Nawal diminta memberikan sampel darah.. Part tu yg nyiksakan.. sebab budak kecil.. urat mana nak cari... yg tukang cucuk tu pun kekok.. sebab nak amik dari budak.. Nawal nangis aje la... sekuat-kuat hati..

Selesai ujian darah.. Dr. di sana memberi ubat.. selesema + batuk (utk budak 3 bulan).. dan Nawal pun pulang.. Ummi? Lega... dok pikir2 Nawal kena tahan wad... Alhamdulillah..

So.. selepas seminggu.. selesema dah hampir 'clear'.. cuma skrg ni.. waktu menyusu, mudah batuk + tersedak = muntah @ muak.. emm.. setakat kena badan & baju abah n ummi.. biasa la tu.. cuma kena kat muka je belum lg.. huhuhu..

ok... doakan Nawal cepat sembuh ya...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Our Family

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers