Sunday, February 22, 2009

Gambar...

Inilah beberapa gambar yang sempat diambil sebelum Furaihatun Najlaa bertolak ke Kuala Lipis pagi Sabtu lalu....






Saturday, February 21, 2009

Semua dah pulang.. Nawal sunyi kembali

Tadi Kami Bertiga Pergi Hanta Mak Pah dan Mak Suna .Pergi naik keratapi dari TG Malim Mula -mula keratapi Mak suna Dulu Sampai Lepastu Keratapi Mak pah pula sampai lepastu Dah Selesai Kami pergi upsi Mak cica dah Sampai pahang kami pun sunyi Lepas tu umi pun balik tak la sunyi sangan heeeeee .

-semua yg di atas ni ditaip oleh Sobihah!

Sunday, February 15, 2009

Najla dah sampai!


Nawal: Teman udah tak boleh nangis kuat-kuat.. Malu kat baby sebelah ni..
Najla: Takpe.. Najla tak kesah... Malam ni kita pakat nangis sama-sama no...

Lena nya tidoq... Sedapnya... z Z z Z z Z..
Penat dok dalam kereta dari Hosp Selayang - UIA - Kalumpang




Apa yang janggal dalam gambaq ni? Cuba teka...

Saturday, February 14, 2009

Najla nak datang..

Salam..
Esok sepupu Nawal yang terbaru nak datang rumah...
Umurnya baru masuk 4 hari...
Insya Allah akan discaj dari Hosp Selayang..
Ummi Nawal pula akan mula bertugas Isnin ni...
Nawal & Nawfal akan dihantar ke rumah pengasuh... (dah mula sejak 1hb Feb )
Sobirah akan ke PASTI Al-Husna (ikut abah)
Sobihah pula pastinya seronok... sebab dapat pi sekolah dengan ummi...
(selama ni asyik menumpang kereta cikgu Shidah kawan Umi)
Najla dan maknya (Mak Cik Sha) akan berpantang (buat sementara waktu) di rumah Nawal..
No problem...
Nanti malam2.. kalo riuh dengan tangisan kanak2 tu.. harap jiran jangan marah ye? Biasa la tu...

Sunday, February 8, 2009

hApPy bIRtHdAy (FeBRuARy)

Thursday, February 5, 2009

Anak-anakku jua seolah mengerti...

Salam.. ketika ini senario politik di negeri kelahiran Nawal sedang memasuki episod baru.. setelah kita ditontonkan dengan pelbagai adegan drama.. yang sedih.. yang sakit.. yang hilang.. yang gembira.. yang duka.. yang protes.. yang derhaka.. dan 1001 lagi emosi yang tidak disebut di sini..

Anak-anak dirumah juga seakan-akan mengerti dengan ketidak-tentuan ini.. hinggakan mereka juga seolah-olah terbabit dalam percaturan politik negeri Perak..

Kak Ngah.. sejak 2-3 hari ini tidur pun kurang lena... selalu mengigau.. badan nya pun mcm nak demam.. dan antara yg peliknya, petang tadi.. dia ter'kucil di siang hari... dah lama dah dia tak buat mcm ni...

Nawfal... selsema.. demam.. tapi mulut petah bercakap.. seolah-olah ingin menjadi ahli politik... bila marah, bukan main garang lagi.. habis dibalingnya apa saja di tangan..
(mujurlah bukan KASUT!)

Nawal.. tidur mlm.. nangis2.. selalu minta dienjut buainya.. susu yg diberi.. jarang diabiskan... x mcm selalu...

(Argghhh! mana mereka faham situasi politik di Perak ni skrg?)

Tetapi... mereka juga seperti menunjukkan protes.. secara dalaman.. mungkin belum pandai meluah pendapat.. atau perasaan.. hingga menyebabkan mereka demam.. dan kadang2 termuntah!

Sama seperti org lain.. yg termuntah.. dan 'getik' dgn gelagat sekumpulan orang.. yang suka jump sana.. jump sini.. macam sekumpulan ADUN yg dinamakan
JOHN... kata mereka.. JOHN Froggies...

J - Jamal.. Behrang
O - Osman - Cg Jering
H - Hee -Jelapang
N - Nasa -Bota

Walau apapun... ayahbonda mengharapkan semoga semua anakanda cepat sembuh.. serta pulih.. dan begitu jua lah keadaan siasah di negeri tercinta.. Pulih seperti yg
RAKYAT mahukan... bukan pulih mengikut kehendak pihak tertentu...

Salam...

Sunday, February 1, 2009

Beberapa foto..





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Our Family

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers