Tuesday, May 19, 2009

Hujung minggu lalu...

Kami plan balik rumah atok pada pagi Sabtu 16 Mei (Hari Guru). Jadi untuk meraikan guru-guru.. di seluruh negara, abah ajak kami pi Mydin yg terbesar (setahu kami) di USJ. Sebenaqnya memang kami tak pernah pi situ, lagi pun abah bukannya expert area sana. Kalo setakat Shah Alam tu.. Insya Allah. celah jari je.. hehehe.. sejak bujang lagi abah dah memusing di sana...

Memusinglah kami berkali-kali meninjau seluruh USJ yg ada.. dari USJ 1 sampai USJ 20. Setelah hampir 30 minit, akhirnya kami ternampak signboard kecil.. dekat dengan Giant USJ yg dah agak 'buruk'..
Iklannya MYDIN: 1560 parking percuma. Kami pun pergi le berjalan-jalan di Mydin.

Ni gambor dlm Mydin le.. ada pulak promosi Dugro.. beli utk Nawfal..

* kat sini la kakak beli hadiah untuk guru-guru kakak.. kak ngah pun sama. Beli pen.. sebab ummi kata, kalo bagi pen.. cikgu mesti guna. nak tanda kertas exam.

kalo bagi cawan, atau sovenir, cikgu letak kat almari je... tak digunakan.. betul tak? betul!betul!betul!
Ummi pulak sempat 'samba' baju Nawal.. yang lain tak sempat, Nawfal asyik meragam.. biasa la tu.. semua dia nak.. hehehe


Petang Ahad, kami menjengah ke komplek PKNS.. ada pameran Hartanah PKNS. Bukan itu yg abah cari, tapi dekat stage ada sesi bergambar bersama Upin Ipin...

So, kami pun Q la utk naik stage.. Nawfal malu sangat dekat Ipin.. Tunduk! hehehe dia ni penggeli...



Lepas bergambar.. keluar dari Kompleks PKNS.. ada rezeki, makan Aiskrim McD. saja je.. nak bagi muka manis sikit.. lepas tu, kami pun balik ke rumah atuk semula.. kemas2 beg dan berangkat pulang ke Kuarters kami yg 'tercinta'..

* gambar anak murid ummi tu.. saja je letak.. buat hiasan..

1 comment:

ASH said...

Cam abah tu yang beriya jer nak tangkap gambar ngan UPIN dan IPIn..ngeh ngeh ngeh..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Our Family

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers