Thursday, June 18, 2009

berita anak-anak

Semalam 17 Jun 2009, Nawal Sofiyyah (empunya url blog ini) telah mencapai umur 6 bulan. Beliau yg dilahirkan pada 17 Dis 2008, telah mula menunjukkan kehebatan dan kemampuan beliau.

Nawal atau gelaran manjanya Dik Wal... sudah mula mengangkat badan dan merangkak beberapa langkah. Dik Wal juga telah mula mengambil makanan pertama. Biskut yg direndam air (lenyek) dan di suap sedikit2.. ala-ala nestum.

Pipi nawal juga nampaknya semakin berisi.. geram abah tengok. 2 minggu tak jumpa... abah rindu sangat kat dik wal..

************
Kak Ngah mula akan celebrate besdaynya ke lima.. pada hari Khamis depan 23 Jun. Insya Allah ada la beli2 jajan mcm kakak hari tu jugak. Mana boleh tak fair.. kang kak ngah akan merungut: Asyik kakak je dapat.. kak ngah takde pun...

Jumaat - Esok kak Ngah cuti. Sebabnya, dia dapat surat.. semua guru PASTI negeri Selangor diminta membantu AJK untuk penganjuran pesta sukan Pasti peringkat kebangsaaan yg akan diadakan di UNISEL.

Pasti Al-Husna ini pula telah menjadi Naib Johan Bolasepak peringkat Negeri. dan 2 orang muridnya terpilih mewakili negeri SELANGOR. Hebat! HEBAT!

*************
Hari ini kakak membawa pulang kertas jawapan periksa kelas petang (SRA). Katanya, dia dapat nombor 2.. merosot satu anak tangga berbanding Ujian Bulan 3.

Antara skornya: 99: Akhlaq, 93: Khat/Jawi, 96: Fekah, 94: Bahasa Arab, 80: Tauhid.

Walaupun dapat nombor 2, apa yg respeknya.. dia dapat jawab soalan yg disediakan. Walaupun pada hakikatnya, level soalan yg disediakan adalah sangat tinggi. Dan kualiti soalan juga boleh dipertikaikan.
(Fikirlah... budak Tahun 1.. disuruhnya menjawab, soalan yg rasanya budak Tahun 6 Sekolah biasa pun mungkin tak boleh jawab)

Apa-apa pun.. TAHNIAH KAKAK!

**************

Nawfal Solihin .. semalam dia ikut abah gi surau. bergaya pula dengan pakaian ala punjabi yg abah baru belikan di 'sana'. Hari ni pun dia nak ikut lagi... dia nak naik motor.. tapi tayar motor abah belum ditukar . Pancit sejak sebelum cuti. So, kami pi naik kereta je laa... hehe

Lagi satu, mulutnya pun skrg ni nak makin rajin bercakap. Walaupun masih pelat, tapi ayat2nya semakin pnjg.. bila dengar tu rasa nak gelak dulu.. kelakar.. semuanya 2 suku kata dia jadikan 1 suku kata. Pening!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Our Family

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers