Tuesday, September 29, 2009

Raya.. edisi 2


Abah pun terpaksa melalui malam itu dengan suasana yang sunggu tidak selesa.. batuk.. yang sangat memeritkan.. tidur dalam kepanasan.. kerana tidak tahan dengan kedinginan kipas atau penghawa dingin.

Pagi raya kedua, kami bertolak dari rumah Atuk kira-kira jam 10.30 pagi. Sarapan pagi kami disediakan di Restoran Mc D Damansara.. (Abah cuma sediakan duit je). Kami meneruskan perjalanan balik kampung kami jam 11.20 pagi, melalui Lebuhraya Utara Selatan dan hanya singgah sebentar untuk menyempurnakan hajat Nawfal. Laluan kami agak tersekat-sekat dan bergerak perlahan bermula di RnR Sungai Perak dan berakhir di Susurkeluar Kuala Kangsar. (Mungkin terlalu ramai rakyat kod KP 03 yang turut melalui jalan yang sama pada hari itu)

Hajat Nawfal yang telah dilepaskan disekitar kawasan Ipoh hanya berjaya dinyahkeluarkan di Hentian Bukit Gantang. Akhirnya kami tiba di destinasi kira-kira jam 3pm.

Ketika itu, semua kenderaan lain telah tiba di kediaman No. 2. Estima AGG dan Estima WHH telah ada di perkarangan. Nabira PJ pula dikatakab keluar ke Bandar K untuk menambah beberapa barang basah. Wira ADB dan Mazda juga ada di kawasan parkir.

Setibanya di situ, Mak Yong memeriksa tahap kesihatan abah lantas mencadangkan supaya segera mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan GS. Tanpa berlengah, abah mengajak dua hulubalang terkenal, Yeop Azam dan Yoep Helmi untuk menjadi bodyguard pada abah.

Hampir satu jam, abah kembali dengan keadaan pernafasan yang lebih baik. Abah juga sempat menziarahi makam Allahyarham Tok Wan yang tercinta Hj. Ahmad bin Haji Mat Isa.

Kira-kira jam 6 ptg, aktiviti yang kami tunggu-tunggu telah bermula..


Barbecue or barbeque (common spelling variant) [1] (with abbreviations BBQ, Bar-B-Q and Bar-B-Que; diminutive form of barbie, used chiefly in Australia and New Zealand; and called Braai in South Africa) is a method and apparatus for cooking meat, with the heat and hot gases of a fire, smoking wood, or hot coals of charcoal or a propane gas grill, and may include application of a marinade, spice rub, or basting sauce to the meat. The term as a noun can refer to the cooking apparatus itself, or to a party that includes such food. The term as an adjective can refer to foods cooked by this method. The term is also used as a verb for the act of cooking food in this manner. Barbecue is usually cooked in an outdoor environment heated by the smoke of wood or charcoal. Restaurant barbecue may be cooked in large brick or metal ovens specially designed for that purpose.


Idea BBQ ni datang dari Mak Yong... dan Alhamdulillah ianya berjalan dengan lancar.



Cuma ditengah keseronokan melayan BBQ.. abah didatangi oleh kawan lama sekolah menengah.. namanya En. Mohd Al-Baqer.. datang dari Baling Kedah.. sebelum tu, dia dah ke Ipoh rumah Us. Ridhauddin...

Abah dan ummi melayan tetamu hingga lewati maghrib.. tetamu juga dijamu dengan ayam BBQ. Anaknya Balqis (5 tahun) bertanya: "Ayam je ke? nasinya takdak?" jawab ayahnya: Nasi kita dah makan di Ipoh tadi.. ni kita ratah lauk ja.. hehehe...

Gambar-gambar diatas sempat abah snap sebelum En. Baqer sampai... ada juga yang abah copy dari blog Mak Ngah yang tgh 'ngetop' tu...

Malam tu.. urusan kemas mengemas diselesaikan oleh Pak Lang dan Mak Lang dan dibantu oleh anak sedara yang lain.. sian pak Lang... abah tak tolong pun???

edisi 3: - lawatan ke rumah Tok Lang.. dan Tok Ndak

3 comments:

DUN Behrang 2020 said...

Hentian Bkt Gantang _ hentian kegemaran...sebab apa? Macam2 ada...

Best arr buat BBQ tu...kt kalumpang tak nak buat ke...kalo tak cukup tukang kipas...calling2 je la...hahaha!

GPI said...

Cik Dun...

kat bukit gantang tu..

sebenarnya abah taknak berhenti.. sbb ramai org.. tapi memandangkan 'aroma' dah tak leh tahan.. terpaksa la..

BBQ @ Kalumpang? x sesuai.. rumah kami takda halaman.. bakor dalam rumah kang... lemas asap pulak...

Bakor di Behrang 2020 mesti best? kat tmpt buaian yg sentiasa berayun-ayun...

ASH said...

Ngeh ngeh ngeh...
MAK NGAH YANG NGETOP ke atau makngah yang macam belon nak meletop?!!
.
.
.
sila ambaikan gambar makngah ITUUUU!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Our Family

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers