Sunday, October 4, 2009

Raya.. Day 5...

Catatan Khamis 24 Sept. 2009

Pagi seawal jam 4.30 kami telah bersiap untuk memulakan perjalanan kami yang panjang... kami pun bersalaman dengan Mak Pah dan mula bergerak pada jam 5.00AM. Perjalanan yang sunyi di lebuhraya...

Kami berhenti solat subuh pada jam 5.50 di Plaza Tol Smp
g Pulai.. Urusan selesai jam 6.20. Kami meneruskan perjalanan memasuki laluan Smpg Pulai - Lojing - Gua Musang. Semasa di kawasan Pos Raya.. baru abah terperasan.. laluan yg dipilih ini tiada stesen minyak! Penunjuk minyak pula berada kira-kira 3 garisan di atas E.

Memandangkan jarak bandar yg disasarkan (Gua Musang) ialah sekitar 200KM, abah terpaksa membuat keputusan yg agak sukar... kami terpaksa melencongkan perjalanan kami.. ketika sampai di Kg Ra
ja.. kami masuk ke laluan Brinchang dengan mengharapkan ada stesen minyak di kawasan berhampiran. Malangnya, stesen minyak terdekat di situ ialah Petronas Brinchang. Jarak sehala ialah 18.5KM x 2 = 37KM. Sepatutnya baca di sini dulu.. Jalannya sememang seperti ular kena palu. Masa yg kami terbazir untuk tujuan ini hampir 45 min.


Kami meneruskan perjalanan melalui Blue Valley, sehinggalah ke Bandar Gua Musan
g. Kami bertemu dengan konvoi dari Shah Alam di Masjid Tengku Faiz Petra.

Mereka telah tiba di situ kira-kira 30 min lebih awal dari kami. (Mereka bertolak dari Shah Alam jam 4.15AM) melalui Karak - Bentong - Raub - Lipis - Gua Musang. Di situ barulah 4 so bersaudara mandi pagi. Kami bersarapan bersama. Menunya Lontong Asli dimasak oleh Tok Lang Wan. Dimakan bersama rendang daging dan serunding ayam. Air pula dibekalkan.. mineral dan air kotak.


Jam 10.30 kami bergerak dari Bandar Gua Musang menuju ke Kubang Kerian. Perjalanan 4 buah kenderaan.. kereta abah, Avanza Pak long, MyVI Pak Uda dan van sewa Andak. Perjalanan kami boleh dikatakan lancar. Cuma kami banyak berhenti di Stesen Minyak... Al-maklumlah karenah 27 orang.. ada saja yg nak menunaikan hajat. Kami tiba di kawasan Kubang Kerian sekitar jam 2.00PM. Rumah persinggahan kami terletak di Demit. Ianya disewakan oleh Mak Ndak dengan kadar RM200 semalam..

Sah? Sah...




Malam itu, kami ke Masjid Kg Pulau, Kubang Kerian untuk majlis pernikahan Pak andak (Nazifi) dan Mak andak (Zanariah). Selesai majlis, kami ke rumah mak andak untuk makan malam.








3 comments:

aza ni said...

agaknya ramai tak tahu jln cameron ke pantai timur...pasal masa raya kedua ipoh kk sesak (dari terowong menora hingga ke tol kk 2 jam)akibat semua berpusu pusu nak ke gerik jeli...

Abah Nawal said...

ramai yg memilih laluan grik... sbb mesra rakyat... kereta pun bnyk lalu...

laluan lojing tu.. sepi.. kalo jd apa2.. nauzubillah... takda org langsung..

ASH said...

ada laaa..ORANG BUNIAN..wa ka ka ka..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Our Family

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers