Tuesday, June 30, 2009

Rangkuman...





Tuesday, June 23, 2009

Nasreen Sobirah 5 tahun




Salam.

Hari ini Nasreen Sobirah @ Kak Ngah telah genap 5 tahun. Beliau dilahirkan semasa abah sedang kursus di sebuah maktab perguruan di kawasan Bangi.. masa tu kami duduk di rumah sewa di Kg Sg. Merab. Ummi pula masa tu tidak bekerja (housewife) selepas resign dari jawatan GSTT SJKC.

Kak Ngah dilahirkan pada hari Selasa (kalo tak silap) di Hospital Putrajaya. (yg terdekat dengan kawasan rumah sewa kami) jadi kod IC nya -16- Sama la juga dengan kakak (Nabilah Sobihah) pun lahir di hospital yg sama. Tapi waktu tu, kami duduk di Shah Alam.

Cabaran.

Tahun 2005: Semasa kak ngah sedang membesar, abah dan ummi dok berjauhan.. sebab abah di'posting'kan di Kg Gajah PERAK manakala ummi pula ditawarkan sebagai guru jQAF di Kajang SELANGOR. (sebab KPM bagi postingnya ikut IC ummi)

Pertengahan tahun 2005.. kak ngah ditimpa satu kemalangan kecil.. berlaku di nurseri tempat kami tinggal sekarang (dah tutup pun) yang mana badan bayi ini telah terkena air panas (secawan) dan mengenai badan dan tangan serta jarinya. Kesannya masih ada hingga ke hari ini.. biarlah ia menjadi lipatan sejarah.



Hari ini...

Beliau memasuki kelash PASTI 5 Tahun di Pasti Al-Husna.
dan pada hari ini, beliau telah menunjukkan kertas ujian pertengahan tahun yg beliau ambil bulan Mei yg lalu.. hasilnya? Not bad...

Bahasa Melayu 100A
Matematik 100A
Al-Quran 98A
Jawi 98A
Sains Sosial & Pembangunan Insan 98A
Peribadi Muslim: 92A
English 91A
Asas Komputer: 73B

*mana pulak markah Bahasa Arab nya???

Selaamat Hari Lahir Kak Ngah!

Thursday, June 18, 2009

berita anak-anak

Semalam 17 Jun 2009, Nawal Sofiyyah (empunya url blog ini) telah mencapai umur 6 bulan. Beliau yg dilahirkan pada 17 Dis 2008, telah mula menunjukkan kehebatan dan kemampuan beliau.

Nawal atau gelaran manjanya Dik Wal... sudah mula mengangkat badan dan merangkak beberapa langkah. Dik Wal juga telah mula mengambil makanan pertama. Biskut yg direndam air (lenyek) dan di suap sedikit2.. ala-ala nestum.

Pipi nawal juga nampaknya semakin berisi.. geram abah tengok. 2 minggu tak jumpa... abah rindu sangat kat dik wal..

************
Kak Ngah mula akan celebrate besdaynya ke lima.. pada hari Khamis depan 23 Jun. Insya Allah ada la beli2 jajan mcm kakak hari tu jugak. Mana boleh tak fair.. kang kak ngah akan merungut: Asyik kakak je dapat.. kak ngah takde pun...

Jumaat - Esok kak Ngah cuti. Sebabnya, dia dapat surat.. semua guru PASTI negeri Selangor diminta membantu AJK untuk penganjuran pesta sukan Pasti peringkat kebangsaaan yg akan diadakan di UNISEL.

Pasti Al-Husna ini pula telah menjadi Naib Johan Bolasepak peringkat Negeri. dan 2 orang muridnya terpilih mewakili negeri SELANGOR. Hebat! HEBAT!

*************
Hari ini kakak membawa pulang kertas jawapan periksa kelas petang (SRA). Katanya, dia dapat nombor 2.. merosot satu anak tangga berbanding Ujian Bulan 3.

Antara skornya: 99: Akhlaq, 93: Khat/Jawi, 96: Fekah, 94: Bahasa Arab, 80: Tauhid.

Walaupun dapat nombor 2, apa yg respeknya.. dia dapat jawab soalan yg disediakan. Walaupun pada hakikatnya, level soalan yg disediakan adalah sangat tinggi. Dan kualiti soalan juga boleh dipertikaikan.
(Fikirlah... budak Tahun 1.. disuruhnya menjawab, soalan yg rasanya budak Tahun 6 Sekolah biasa pun mungkin tak boleh jawab)

Apa-apa pun.. TAHNIAH KAKAK!

**************

Nawfal Solihin .. semalam dia ikut abah gi surau. bergaya pula dengan pakaian ala punjabi yg abah baru belikan di 'sana'. Hari ni pun dia nak ikut lagi... dia nak naik motor.. tapi tayar motor abah belum ditukar . Pancit sejak sebelum cuti. So, kami pi naik kereta je laa... hehe

Lagi satu, mulutnya pun skrg ni nak makin rajin bercakap. Walaupun masih pelat, tapi ayat2nya semakin pnjg.. bila dengar tu rasa nak gelak dulu.. kelakar.. semuanya 2 suku kata dia jadikan 1 suku kata. Pening!

Tuesday, June 2, 2009

Balik kampung....

Hari ni, kami semua dah balik kampung..

bertolak dari rumah tadi 8.30 dan sampai 9.30 di rumah atok.

Eh, ada pakcik kat rumah kami tegur..
Kak Long nak balik mana? Balik kampung..
Kampung mana? Shah Alam..
Shah Alam tu bandar.. bukan kampung..
Kalu kampung tu.. kg. gajah, kg. baru, hutan kampong, kampung pandan.. baru betol...

Ape-ape la..dah sampai kg ni.. rumah atok.
Mak Long pun dah sampai.;
Maksu wah pun ada..
Ada wireless percuma pulak tu. Bagus la. 24 jam la online.

Monday, June 1, 2009

Gambar semalam

Kami pi rumah mak cik Sha dan Pak cik Hassan..
selepas ziarah rumah sorang kwn abah yg dah 16 tahun tak jumpa.
kebetulan rumah mertua kwn abah tu area Gombak juga senang la..
on the way to rumah mak cik Sha.

Bukan apa.. mak cik Sha dah semangat nak belanja kami..
sempena besday ni.. makan satay dan kek spesial..


TERIMA KASIH!


ni menggayakan baju sweater yg baru dpt sempena besday kakak..
. eh, sorang je besday.. yg dapatnya 3... untung la lg 2 org ni...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Our Family

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers