Tuesday, September 29, 2009

Raya.. edisi 2


Abah pun terpaksa melalui malam itu dengan suasana yang sunggu tidak selesa.. batuk.. yang sangat memeritkan.. tidur dalam kepanasan.. kerana tidak tahan dengan kedinginan kipas atau penghawa dingin.

Pagi raya kedua, kami bertolak dari rumah Atuk kira-kira jam 10.30 pagi. Sarapan pagi kami disediakan di Restoran Mc D Damansara.. (Abah cuma sediakan duit je). Kami meneruskan perjalanan balik kampung kami jam 11.20 pagi, melalui Lebuhraya Utara Selatan dan hanya singgah sebentar untuk menyempurnakan hajat Nawfal. Laluan kami agak tersekat-sekat dan bergerak perlahan bermula di RnR Sungai Perak dan berakhir di Susurkeluar Kuala Kangsar. (Mungkin terlalu ramai rakyat kod KP 03 yang turut melalui jalan yang sama pada hari itu)

Hajat Nawfal yang telah dilepaskan disekitar kawasan Ipoh hanya berjaya dinyahkeluarkan di Hentian Bukit Gantang. Akhirnya kami tiba di destinasi kira-kira jam 3pm.

Ketika itu, semua kenderaan lain telah tiba di kediaman No. 2. Estima AGG dan Estima WHH telah ada di perkarangan. Nabira PJ pula dikatakab keluar ke Bandar K untuk menambah beberapa barang basah. Wira ADB dan Mazda juga ada di kawasan parkir.

Setibanya di situ, Mak Yong memeriksa tahap kesihatan abah lantas mencadangkan supaya segera mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan GS. Tanpa berlengah, abah mengajak dua hulubalang terkenal, Yeop Azam dan Yoep Helmi untuk menjadi bodyguard pada abah.

Hampir satu jam, abah kembali dengan keadaan pernafasan yang lebih baik. Abah juga sempat menziarahi makam Allahyarham Tok Wan yang tercinta Hj. Ahmad bin Haji Mat Isa.

Kira-kira jam 6 ptg, aktiviti yang kami tunggu-tunggu telah bermula..


Barbecue or barbeque (common spelling variant) [1] (with abbreviations BBQ, Bar-B-Q and Bar-B-Que; diminutive form of barbie, used chiefly in Australia and New Zealand; and called Braai in South Africa) is a method and apparatus for cooking meat, with the heat and hot gases of a fire, smoking wood, or hot coals of charcoal or a propane gas grill, and may include application of a marinade, spice rub, or basting sauce to the meat. The term as a noun can refer to the cooking apparatus itself, or to a party that includes such food. The term as an adjective can refer to foods cooked by this method. The term is also used as a verb for the act of cooking food in this manner. Barbecue is usually cooked in an outdoor environment heated by the smoke of wood or charcoal. Restaurant barbecue may be cooked in large brick or metal ovens specially designed for that purpose.


Idea BBQ ni datang dari Mak Yong... dan Alhamdulillah ianya berjalan dengan lancar.



Cuma ditengah keseronokan melayan BBQ.. abah didatangi oleh kawan lama sekolah menengah.. namanya En. Mohd Al-Baqer.. datang dari Baling Kedah.. sebelum tu, dia dah ke Ipoh rumah Us. Ridhauddin...

Abah dan ummi melayan tetamu hingga lewati maghrib.. tetamu juga dijamu dengan ayam BBQ. Anaknya Balqis (5 tahun) bertanya: "Ayam je ke? nasinya takdak?" jawab ayahnya: Nasi kita dah makan di Ipoh tadi.. ni kita ratah lauk ja.. hehehe...

Gambar-gambar diatas sempat abah snap sebelum En. Baqer sampai... ada juga yang abah copy dari blog Mak Ngah yang tgh 'ngetop' tu...

Malam tu.. urusan kemas mengemas diselesaikan oleh Pak Lang dan Mak Lang dan dibantu oleh anak sedara yang lain.. sian pak Lang... abah tak tolong pun???

edisi 3: - lawatan ke rumah Tok Lang.. dan Tok Ndak

Monday, September 28, 2009

Raya.. edisi 1

Hari raya pertama, kami berada di rumah atuk di Shah Alam. Ini adalah kali kedua berturut-turut kami beraya di Shah Alam. Sepatutnya kami beraya di rumah Mak Pah, tetapi memandangkan kami ada event lain menyebabkan abah terpaksa rearrange perjalanan raya kami supaya dapat disesuaikan dengan keadaan.

Pagi tu Nawfal buat pertama kalinya mengikut abah ke Masjid Negeri SAAS Shah Alam. Dia berasa sangat teruja untuk pergi walau pun kopiahnya tertinggal di rumah Kalumpang. Semasa di masjid, dia sibuk memerhatikan gelagat jemaah lain mendirikan solat.

Ada warga Bangladesh, Indonesia, Pakistan, Thailand, Arab, Afrika dan lain-lain lagi. Mereka semuanya memakai pakaian mengikut budaya masing-masing.




Selepas pulang dari masjid, kami pun mengadakan 'majlis' bersalaman dan bermaafan sesama ahli keluarga. Semua ahli keluarga atok ada di sana kecuali keluarga Mak Ngah Rahmah yang beraya di rumah Nek Nyang di Parit 13 Sekinchan.





Selepas selesai bersalaman dan mengutip duit raya, sesi berikutnya ialah bergambar bersama keluarga. Warna tema keluarga kami untuk hari ini ialah HIJAU LUMUT. Keluarga Mak Long pula memilih warna putih sebagai tema pakaian mereka.



Ini adalah antara aksi kami di pagi raya. Kak Ngah sempat pula nak merajuk.. menangis.. sebab bila dengar.. 'sapa tak puasa, tak boleh dapat duit raya..' Dia faham... puasa nya hanya dapat 3 hari je.. Itu pun jenuh memujuk. Kakak pula eksyen la.. sebab dapat raya sepuasnya. Puasanya kurang 2 hari.. sehari sebab tak bangun sahur.. lagi sehari pula sebab tak tahan tengok kak Ngah minum air teh o ais.. Masa tu dah pukul 3 petang dah...





Ini gambar kami sekeluarga di rumah atok. Lengkap 6 orang ahli. Tapi, Nawfal cuba OVERSHADOW kak Ngah.. dengan selamba berjalan melindungi muka kak Ngah masa gambar ini diambil..

* Pada hari raya pertama sebelah malamnya, abah pula diserang 'sesak nafas' ala-ala lelah.. Ummi ajak abah pi cari Klinik mana-mana yang buka untuk ambil ubat dan sedut gas.. tapi.. mana ada klinik swasta yang buka pada hari Ahad tu...

(sambungan edisi 2)

Friday, September 18, 2009

Kami menyusun 10 jari..

gambar asal dari iluvislam.com


Kami sekeluarga menujukan
kad ucapan yang tak seberapa ini

kepada semua bloggers
yang sudi bertandang ke blog ini...


Salam kemaafaan dihulur andaikata kami
terkasar bahasa terlanjur bicara...
Salam Aidil Fitri..
Maaf Zahir dan Batin.


Kepada blogger yang berhampiran,
jemput-jemputlah
datang ke rumah kami...


Kita jumpa lagi
10 hari dari sekarang...






SALAM.

Monday, September 14, 2009

Apokobondo eh?


Salam. hari ni kami terima juadah ni daripada blogger Dun Behrang. Namanya KELAMAI. Makanan tradisi Masyarakat Rawa. Ummi kata, rasa macam apam gula hangus... dibuat drp tepung gandum dan dicampur gula merah.

Then there is the 'masakan kelamai' where the food is prepared in shaved bamboo over a fire, these are a few of the traditional presentation from the Malay community of the Rawa descendent.

Tarikh Kelahiran Hijrah

Abah :
21 Syaaban 1397H
(dah hampir nak sambut puasa)

Ummi :
8 Safar 1397H
-kena tanya atok kecik...

Nabilah Sobihah:
19 Rabiulawal 1423H
(seminggu selepas Maulidurrasul)

Nasreen Sobirah:
6 Jamadilawal 1425H
(masa ni abah kat maktab)

Nawfal Solihin:
10 Zulkaedah 1427H
(kami sambut Raya Haji tahun tu di rumah je. Masa tu dok KIP Pasir Putih. Ummi dalam pantang, Nawfal baru sebulan . Abah suruh gak ummi buat rendang ayam simple-simple utk makan sendiri)

Nawal Sofiyyah:
19 Zulhijjah 1429H
(seminggu selepas Raya Haji, masa raya tu kami ronda atas Grand Livina kat area rumah mak yong, tengok lembu2 disembelih sekitar Bota - Kg Gajah)

Sunday, September 13, 2009

Nostalgia 2004


Antara yang tiada dalam gambar:

1. Nawfal Solihin
2. Nawal Sofiyyah (empunya blog)
3. Hassanul Abidin
4. Furaihatun Najlaa
5. Mawaddah
6. Muhammad

Terkini: jumlah keahlian Keluarga Allahyarham Ayahanda Hj. Ahmad & Bonda Hjh Samiyah 41 orang

Datuk & Nenek : 2
Saudara Kandung : 7
Ipar : 5
Cucu : 27

Friday, September 11, 2009

Permohonan anda di.......................

Salam.. minggu ini ummi dan abah kedua-duanya mengisi borang. Borang apa? borang... PERTUKARAN...

Seperti keluarga lain, keluarga kami juga turut berhajat untuk tinggal di rumah kami sendiri. Tentu ramai yg sudah tau, kami sememangnya telah memiliki rumah kediaman sendiri (yang tak sebesar mana.. cukup la buat kami sekeluarga).

mencuba untuk isi borang Jadi, tahun ini.. ummi telah melepasi halangan 36 bulan selepas lantikan sebagai PPPS nya... jadi bolehlahonline... sebabnya.. ummi kena isi ANTARA NEGERI... ianya hanya boleh dilakukan secara atas talian. klik SINI. Tarikh tutup online ialah 30 Sept 2009

Abah pula boleh isi borang secara manual, sebab abah memohon untuk pertukaran ANTARA DAERAH sahaja. Yang ni pula, tarikh tutupnya 2o Okt kalau tak silap...

Borang semua dah isi. Cuma dokumen sokongan je belum cukup..

1. Salinan Sijil Nikah
2. Surat Akuan Majikan Pasangan
3. Surat Keizinan Suami (kalau isteri yg mohon)
4. Salinan bukti pembelian rumah
5. Salinan borang permohonan pasangan (sebab 2-2 mohon)

Kepada pengunjung blog... doa-doakanlah kami ni.. supaya dapat dok rumah sendiri.. tengok orang lain pindah rumah sendiri.. cemburu jugak... emm...

Tambahan pula, projek pembinaan sekolah di kawasan rumah kami tu sedang berjalan rancak. Ada yang memberitahu ianya akan beroperasi dalam tahun 2010..

Itu saja..

Monday, September 7, 2009

Kita hanya merancang..


Salam.. kita hanya merancang.. akan tetapi perancangan Allah yg terbaik.. dan setiap kejadian itu ada hikmahnya..


Berikut ialah perancangan keluarga kami untuk percutian hari raya ini...

Jumaat 18 Sept : Pulang ke Bandaraya Kota Anggerik..
Jarak 87KM

Sabtu 19 Sept : 'Final Shopping' (kalau ada lagi ongkosnya..)

Ahad 20 Sept : Solat Hari Raya di Masjid Negeri

Isnin 21 Sept : Bertolak ke rumah Mak Pah @ Semanggol
Jarak 290KM

Selasa 22 Sept : Ziarah rumah saudara mara sekitar Semanggol

Rabu 23 Sept : Ziarah rumah kawan abah & ummi kawasan utara

Khamis 24 Sept : Bertolak dari Semanggol.. bertemu dgn 'konvoi' di Tol Simpang Pulai untuk ke Kubang Kerian, Kelantan Darul Naim
Jarak 430KM

Jumaat 25 Sept : Kenduri Kahwin Pak Ndak Nazifi & bakal Mak Ndak Zana
Singgah di rumah Opah Yah @ Felda Aring , Gua Musang, Kelantan *(kalau ada rezeki)
Jarak 175KM

Sabtu 26 Sept : Bertolak pulang ke rumah.. (menempuh kesesakan jalanraya)
Jarak 360KM

Jumlah perjalanan minima: 1342KM (at least 3 kali full tank)

Sunday, September 6, 2009

Semoga berjaya



Menjelang pagi Selasa, salah seorang sepupu kami akan menduduki peperiksaan UPSR. Beliau ialah kak Jenab (anak Mak Ngah Hida) atau nama sebenarnya Zainab. Insya Allah beliau akan mengambil peperiksaan ini di SEJATI (Jalan Tiga) BBB. Kami mendoakan agar Kak Jenab mendapat keputusan yang cemerlang. Periksanya 3 hari: 8 – 10 September 2009

Antara sepupu lain yg turut menempuh peperiksaan besar tahun ini ialah:

PMR : Kak Syiera @ Basyirah anak Pak Lang di Sekolah Agama swasta di BBB. dan juga Abg Helmi anak Mak Yong di SMKA Kerian (dekat rumah mak Pah) Tarikh exam PMR ialah 7 - 13 Oktober 2009.

SPM : Kak Ngah Dila @ Adilah (anak Mak Yong) pula akan periksa SPM di SERATA Ipoh. Tarikh exam SPM pula pada 19 November – 16 Disember 2009.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Our Family

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers