Sunday, May 10, 2009

Cuti 9 Mei



Salam untuk semua pengunjung. Sabtu 9 Mei kami ronda-ronda sejauh 200km sekitar Selangor.
Memenuhi undangan perkahwinan Kak Intan
(yang pernah mengasuh Nawfal dan duduk bersama kami 5 bulan)
di rumahnya Sekinchan.


Nama suami Kak Intan ni.. Abg. Herman.

Abah menggunakan laluan berikut untuk sampai ke sana..

Tg. Malim - Bukit Tagar (hiway) - Berjuntai Bestari - Tiram Buruk - Permatang - Jln Raja Musa - Tg. Karang - Sekinchan ... jarak dari rumah kami 96KM.

Yang menariknya di sini.. lauknya.. yang disediakan secara gotong royong.. dan menu nya 'ala jawa'
memang sedap!

1. Nasi putih
2. Ayam goreng 'cincang kecil'
3. Daging masak Hitam pedas
4. Sayur ta'un goreng
5. Kerang rebus bercili
6. Perut Masak lemak + ape tah..
7. Ulam-ulam
8. Sambal belacan
9. Pecal + Kuah
10. Buah Tembikai
11. Air Sirap.. ni wajib ni... standard...

yang kami tak pernah jumpa.. menu no. 6. sedap.. tapi macam pelik sikit.. rupanya..



selepas kenduri.. kami ke rumah nenek Nyang...
Ini ibu kepada Atok kami.. so, Moyang la ni...
umurnya, sekitar 84 tahun...
masih sihat Alhamdulillah..

Selepas itu, kami bertolak pulang menggunakan laluan berbeza.

Parit 13 Sg Besar - Sg. Panjang - Merbau Berdarah - Gedangsa - Gesir - Behrang Stesen - Tg. Malim (singgah pasar lambak dulu..) - rumah... (104km)

Kami singgah di rumah Mak Long untuk turunkan Along Amni dan menziarah Mak Long yg baru keluar hospital... Semoga Allah sembuhkan Mak Long.



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Our Family

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers