Sunday, August 30, 2009

Coretan cuti seminggu



Setelah hampir seminggu.. akhirnya blog ini dikemaskini juga.. atas permintaan beberapa pelawat yg dikenali.. Cuti sekolah kali ini.. jadual kami sekeluarga telah disusun atur dengan begitu menarik...

Balik kampung Fasa 1.. kami ke rumah mak pah..
petang Jumaat tu.. dan sampai di sana Maghrib hari yg sama.. cuaca mendung saja...


Sabtu.. rumah mak pah dikunjungi oleh Mak Yong dan anak7... mak yong ke PRK N11 PP untuk menunaikan beberapa tugasnya...

Ahad.. kami sekeluarga menziarahi rumah kawan lama ummi.. yg terletak di DUN Permatang Pasir. Dah beberapa tahun kami tak menjengok ke situ.. menyebabkan kami tersesat. Ditambah pula dengan kesesakan lalulintas di sana.. tapi abah kata.. tak kisah.. kalau ada rezeki, kita jumpa la rumah kawan ummi tu.. Sampai di rumahnya jam 5PM.. ummi sempat la berbual dgn kwn baiknya semasa belajo dulu... yg skrg menetap di area Stesen KTM UKM... Dok lama2 rumah org.. bukan nak jamu apa.. sebab bulan puasa.. tp, nawfal dgn kak ngah.. TAK POSA! Kwn ummi tu pi la bancuh ayaq milo.. dengan kuih bahulu dan agaq2.. depa bedua ni pulun makan... (Ish! malu kompeni ja..) Jam 6 kami meninggalkan perkarangan rumahnya..(jalan raya sentiasa sesak dgn kereta perayu undi dan pelancong politik.. spt kami) utk menghangatkan suasana di permatang pasir tu.. Kami ke utara lagi.. kali ini menuju ke Bandar Sg Petani.. tujuan kami hanya satu...Iftar di RFC.. Abah kata.. dah lama tak mai SP ni... dulu2 masa belajaq pun.. kdg2 saja lalu pekan ni.. dan dah bnyk sgt yg berubah... Kami pusing dekat 20 min jugak... baru la jumpa Restoran RADIX Fried Chicken.. kat kwn baru rupanya.. mana nak tau! 6.45pm kami dah mula dok dlm tu.. yg tak puasa 2 org tu.. makan dulu siap2.. 7.25PM RFC tu hampir penuh... yg datang iftar kat situ.. semuanya.. keluarga2 yg amalkan budaya hidup Islam.. dan menyokong Islam. Respek la... (Bila agaknya RFC nak berkembang ke bandar majoriti melayu di Lembah Kelang? Shah Alam.. BBBangi...)










Isnin.. kami bertolak pulang ke kediaman kam
i.. perjalanan yg memakan masa 3 jam ini.. hujan.. sepanjang jalan... bila dah hujan, yg berjaganya sorang je la.. abah! yang lain semuanya tidor...... z z z z z z Alhamdulillah kami selamat sampai di rmh jam 6 ptg..










Selasa - Khamis:
Abah bertugas sbg pengawas.. di sebuah sekolah berhampiran... kesihatan abah sebenarnya kurang memuaskan.. abah selalu batuk.. dan ptg selasa tu pulak.. suhu badan abah agak panas... tp abah amik ubatan sendiri je.. Khamis pulak.. ummi berjuang dalam peperiksaan di dewan sebuah sekolah yg hanya sebelah rumah kami je.. ummi kata susah! tapi tak pa.. yg penting ummi dah cuba lakukan yg terbaik.. Insya Allah ada hasilnya nanti..

Petang Khamis tu.. kami bertolak pulang ke rumah Atok... cuaca? Hujan lebat! masa angkat beg masuk kereta pun... hujan selebat-lebatnya... dan mcm biasa.. sepanjang perjalanan... abah sorang je berjaga.. yg lain.. krohhh.. krohh... sejuk!!!


Jumaat: abah solat Jumaat di Seksen 13.. dan tanpa diduga.. di masjid negeri pula telah berlaku satu demonstrasi.. yg dikatakan menimbulkan kontroversi.. kepala lembu pun nak ikut demo?


Sabtu: abah, ummi dan kakak pi shopping kat MYDIN USJ... Maksu wah pun ikut sekali. Yang lain semuanya tinggal.. Cik Ajah yg tolong jaga Dik Wal... mujurlah dia spoting.... tak m
eragam pun.. Iftar sabtu: rumah atok dikunjungi oleh gerombolan dari Gombak.. (bukan la ramai sangat!) Najla... Cik Cha dan Cik Chan.. serta Cu Na.. So, abah dan ummi topup lauk dan juadah berbuka hari tu.. beli kat Sek 18.. Diorang bertolak pulang ke gombak lepas maghrib.. (Sesat ?!) hehehe.. biasa la tu...

Ahad...
pagi: abah, kakak, kak ngah dan nawfal ke pasaraya berhampiran. Tujuan asal, nak beli kasut.. tp oleh kerana takda yg berkenan di hati kakak dan di poket abah.. lain pulak barang yg dibeli... petang: kira2 jam 4 petang kami bertolak pulak... dan cuaca.. HUJAN jugak...

Isnin 31 Ogos... Negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan ke 52... manakala abah dan ummi pula menyambut Ulangtahun perkahwinan ke 8...



Isnin : 31 Ogos 2009.. Cuti sekolah hampir tamat...

5 comments:

sonata anak kancil said...

Salam - padat jadual seminggu nampaknya... bukan senang nak dapat macam ni kan...

Senangnya nak ingat hari ulangtahun - tak pernah lupa,insyaAllah.

Happy 8th Anniversary - semoga berbahagia sepanjang hayat...

ASH said...

Salam,
ngeh ngeh ngeh..
ish ish ish..CO PILOT asek tidorrrr je!!

hepi aniberi seri..
semoga kekal sehingga ke akhir hayat

RFC??
wah menarik tuuuu...raya ke Sungai Petani nanti boleh le pergi!!

white rose said...

salam...wah...dh 8thn ek...smoga trus berkekalan...insya'Allah...perbesarkan lgi kompeny 2 ek...~hee...

slmt berpuasa...

DUN Behrang 2020 said...

Happy 8th Anniversary kat abah n ummi...wah...jenjalan sakan ek?

5 'so' bersaudara... said...

Untuk Aunty Sonata,
umi dan abah kata: terima kasih atas ucapan. jadual padat tu sbb ummi ada exam.. kalo tak, lagi jauh kami berjalan..

Untuk Mak Ngah,
PILOT tidor? biasa la tu..
RFC? Besttt.. sedappp... ayam dia.. ranguppp... aiskrim dia.. bestttt..

Untuk Ustazah Dylla,
abah kata.. tunggu ustazah perbesar kompeni ustazah dulu.. baru abah buat proposal untuk besarkan kompeni kami.

Untuk Pak Cik Dun,
Sakan? kami tak pergi Sakan.. kami pegi Mydin je.. dgn Tesco..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Our Family

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers