Monday, September 28, 2009

Raya.. edisi 1

Hari raya pertama, kami berada di rumah atuk di Shah Alam. Ini adalah kali kedua berturut-turut kami beraya di Shah Alam. Sepatutnya kami beraya di rumah Mak Pah, tetapi memandangkan kami ada event lain menyebabkan abah terpaksa rearrange perjalanan raya kami supaya dapat disesuaikan dengan keadaan.

Pagi tu Nawfal buat pertama kalinya mengikut abah ke Masjid Negeri SAAS Shah Alam. Dia berasa sangat teruja untuk pergi walau pun kopiahnya tertinggal di rumah Kalumpang. Semasa di masjid, dia sibuk memerhatikan gelagat jemaah lain mendirikan solat.

Ada warga Bangladesh, Indonesia, Pakistan, Thailand, Arab, Afrika dan lain-lain lagi. Mereka semuanya memakai pakaian mengikut budaya masing-masing.




Selepas pulang dari masjid, kami pun mengadakan 'majlis' bersalaman dan bermaafan sesama ahli keluarga. Semua ahli keluarga atok ada di sana kecuali keluarga Mak Ngah Rahmah yang beraya di rumah Nek Nyang di Parit 13 Sekinchan.





Selepas selesai bersalaman dan mengutip duit raya, sesi berikutnya ialah bergambar bersama keluarga. Warna tema keluarga kami untuk hari ini ialah HIJAU LUMUT. Keluarga Mak Long pula memilih warna putih sebagai tema pakaian mereka.



Ini adalah antara aksi kami di pagi raya. Kak Ngah sempat pula nak merajuk.. menangis.. sebab bila dengar.. 'sapa tak puasa, tak boleh dapat duit raya..' Dia faham... puasa nya hanya dapat 3 hari je.. Itu pun jenuh memujuk. Kakak pula eksyen la.. sebab dapat raya sepuasnya. Puasanya kurang 2 hari.. sehari sebab tak bangun sahur.. lagi sehari pula sebab tak tahan tengok kak Ngah minum air teh o ais.. Masa tu dah pukul 3 petang dah...





Ini gambar kami sekeluarga di rumah atok. Lengkap 6 orang ahli. Tapi, Nawfal cuba OVERSHADOW kak Ngah.. dengan selamba berjalan melindungi muka kak Ngah masa gambar ini diambil..

* Pada hari raya pertama sebelah malamnya, abah pula diserang 'sesak nafas' ala-ala lelah.. Ummi ajak abah pi cari Klinik mana-mana yang buka untuk ambil ubat dan sedut gas.. tapi.. mana ada klinik swasta yang buka pada hari Ahad tu...

(sambungan edisi 2)

2 comments:

DUN Behrang 2020 said...

Salam lebaran...

6 orang ahli lom cukup tu...kena tambah lagi baru meriah...

5 'so' bersaudara... said...

Abah kata:

buat masa ni cukup la dulu...
masa depan belum pasti..
lagipun, kena hormat orang yg lebih tua..
jangan 'lebih-lebih'..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Our Family

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers