Monday, October 19, 2009

Pekena Laksa Mee


Salam.. semalam kami berkunjung ke rumah seorang blogger.. berhampiran dengan rumah kami... dan buat pertama kalinya kami dijamu dengan Laksa Mee.. Mungkin pembaca lain semua pernah makan.. tapi, untuk kami sekeluarga.. inilah kali pertama.

FYI, Laksa mee ini hanya boleh didapati di rumah-rumah org yang berasal dari kawasan Pantai Remis, Pangkor, Manjung, Beruas dan yang sama waktu dengannya.

Dan buat masa ini.. rasanya ianya belum terdapat di pasaran.. terutama di mana-mana pasar malam.


************
balik dari rumah tu.. ummi dah soal selidik dengan isterinya cara memasaknya... dan dia ada membekalkan kami 3 ketul laksa mee kering..

Cara-cara memasaknya:

Bahan-bahan ( 2 org )
• * 1 bungkus laksa mee

Bahan-bahan sup:-
• 5 biji bwang merah
• 5 ulas bawang putih
• Rm2 udang kecil
• 10 tangkal kacang pjg
• bebola ikan
• * fish cake ( jika suka) dan garam

Sambal mee:-
• 2 cm belacan
• 5 bawang merah
• 5 ulas bawang putih
• 10 tangkal cili kering
• Sedikit udang kering
• 3 keping asam keping
• garam n gula

Cara-cara
1. Sup:-
- tumis bawang merah n bawang putih sehingga wangi
- masukkan udang atau ketam atau isi ikan. Biar seketika
- masukkan air 3 cawan
- Bila mendidih masukkan kacang panjangg, bebola n fish cake
- garam secukup rasa

2. Sambal mee:-
- kisar bawang merah, bawang putih, belacan, cili kering, udang kering
- tumis bahan2 yg dikisar sampai wangi n masak
- masukkan asam keping,gula n garam secukup rasa

3. laksa mee dicelur sampai lembut n dicampur bersama sambal n sup.... Sedaaaappppp

* Cara Makannya
: Letakkan laksa mee setakat yang anda nak makan..
: Letakkan kacang pnjg goreng tadi..
: Taruk sambal secukup pedas
: Taburkan kuah sup seadanya. (TAPI! bukan mcm makan laksa biasa atau mee sup..) kuahnya sikit je.. sekadar membasahkan mee.. bukan merendamkan mee...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Our Family

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers