Thursday, April 2, 2009

Dah semakin sihat...

Salam untuk semua.. agak lama blog ini menyepi.

Nawal sebenarnya kurang sihat sejak 2-3 minggu yang lalu.. ada selesema, batuk dan muntah.. last week semasa rutin check di Klinik kerajaan di sini.. dr. situ minta refer pada hospital yg berdekatan..

Pagi Khamis lepas 26 Mac.. masa tu abah nawal kursus.. lebih kurang 85Km dari rumah... so, terpaksa lah ummi bawa Nawal ke hospital. Sapa nak pegang Nawal... ummi fikir2.. dan terus berfikir... nak ajak rakan sekerja.. mana boleh.. waktu bertugas masa tu.. pagi..

Ummi teringatkan seorang jiran kami yg tidak bekerja.. lantas terus menghubungi 'Cik Su' menceritakan tentang bantuan yg diperlukan dari Cik Su. Jadi Cik Su lah yg memegang Nawal sepanjang perjalanan kira2 30KM ke Hosp berhampiran...

Di sana, Nawal diminta memberikan sampel darah.. Part tu yg nyiksakan.. sebab budak kecil.. urat mana nak cari... yg tukang cucuk tu pun kekok.. sebab nak amik dari budak.. Nawal nangis aje la... sekuat-kuat hati..

Selesai ujian darah.. Dr. di sana memberi ubat.. selesema + batuk (utk budak 3 bulan).. dan Nawal pun pulang.. Ummi? Lega... dok pikir2 Nawal kena tahan wad... Alhamdulillah..

So.. selepas seminggu.. selesema dah hampir 'clear'.. cuma skrg ni.. waktu menyusu, mudah batuk + tersedak = muntah @ muak.. emm.. setakat kena badan & baju abah n ummi.. biasa la tu.. cuma kena kat muka je belum lg.. huhuhu..

ok... doakan Nawal cepat sembuh ya...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Our Family

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers