Sunday, April 26, 2009

Nawfal & Abid

Malam tadi..

kami menghadiri jamuan perpisahan di rumah 'mak' pengasuh Nawfal dan Nawal.. Jamuan tu untuk meraikan seorang rakan sepermainan Nawfal yg bernama ABID yang akan berpindah mengikut keluarganya.. khabarnya akan ke Seremban N9. (ada jugak sorang pakcik Nawfal yg namanya ABID...)

Abah membawa 3 so sahaja.. so yg paling junior tinggal di rumah bersama ummi yg masih kepenatan berpanas terik sukan pada siang harinya.

Cerita pasal sukan dulu..

Mungkin pihak penganjur tak kaji betul2 timing untuk acara yg dijalankan.. berjumlah 52 acara. Hasilnya, jam 1-30 tghri, murid masih di tgh2 padang.. Kalau dibanding dgn sklh abah, acara pd hari sukan hanyalah 26 shj. Itupun penutupnya dah menjangkau ke tgh hari. Patutnya, SU sukan & PK Koku kaji dulu.. acara2 yg patut diadakan pd hari sukan sebenar, dan acara yg diadakan pada hari2 sebelum sukan. Dealing dgn murid sekolah rendah ni lebih susah. Tanya la Mak Ngah Ashley...mcm mana murid-muridnya? Kalo cikgu sekolah menengah mcm Makcik Sonata atau Kak Ros.. lebih senang rasanya. Cik Hassan.. mcm ne?


Pasal pengasuh pulak..

bagi Nawfal, ini merupakan pengasuh keempat dalam hidupnya. 1stly, pada awal 2007.. masa kami baru berpindah ke 'sini'.. Nawfal ditinggalkan bersama pengasuh yg bernama Opah Yam. Dia dtg naik basikal ke rumah kami.. seawal jam 7.. dan pulang kira2 jam 4 ptg. Tapi, jodohnya tak lama.. hanya seminggu lebih kurang. Sebabnya; rumah kami di kuarters masa tu Tingkat 4.. dan Opah Yam ni ada masalah 'semput'.Dia tarik diri tanpa memberiathu apa-apa dan menghilangkan diri membuatkan kami tertanya-tanya.. kenapa? Kami pergi mencari rumahnya utk bertanya khabar, tapi rumahnya kosong. Kira-kira sebulan selepas itu baru dapat berjumpa dan memberi wang saguhati atas khidmatnya.

Selepas itu, Nawfal dihantar ke rumah Opah @ Mak Cik Yati.. di Taman Musabika. bersama dengan kak Ngah yg ketika itu 2 tahun stgh. Alhamdulillah.. mereka kekal di situ hinggalah pertengahan tahun 2008. Terima kasih Mak Cik Yati atas jasa anda.

Pertengahan 2008, kami sekeluarga mengambil seorang sepupu ummi untuk tinggal bersama kami.. sebagai pengurus rumah.. (pembantu rumah la tu..) Namanya yg glamer, Kak Intan. Eh! sama pulak dgn nama timangan Opah kami di semanggol tu.. Kak Intan tinggal bersama kami selama 5 bulan. Semua makan-minum, pakaian.. Kak Intan yg uruskan.. rumah kami lebih kemas dari biasa. Ummi pun dapat berehat lebih.. masa tu, ummi sedang mengandungkan Nawal... Tujuan asal ambil Kak Intan untuk duduk dgn kami, sebab nak jaga baby yg akan lahir... tetapi Allah Maha Merancang...

Selepas Hari Raya Puasa.. kak Intan tidak dapat meneruskan khidmatnya bersama kami lagi. Sebabnya, dia nak bertunang pada bulan 12 tu.. dan menumpukan perhatian pada keluarganya di Sekinchan.

DI SINI NAK DIUMUMKAN..

KAK INTAN AKAN MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN PADA 9 HB MEI 2009 BERTEMPAT DI SEKINCHAN.

kepada sesapa pembaca blog ni yg turut dijemput sama.. kita jumpa di sana insya Allah.

dan pengasuh terkini.. utk Nawal dan Nawfal..

Dipanggil Mak Mala... isteri kepada seorang Jurutera Proton Tg. Malim.. bermula sejak 1 hb 2 2009 hingga sekarang. So far, ok... sebab anak2 Mak Mala yg dah besar tu sgt rajin entertain Nawal dan Nawfal. Mak Mala pulak nak sangat jaga baby girl... sblum ni asyik jaga baby boy je katanya ..

itu saja coretan pagi Ahad ni berkaitan pengasuh (yg melibatkan Nawfal dan Nawal je) dan di bawah ini gambar Nawfal di rumah Mak Mala.. malam tadi.





2 comments:

Anonymous said...

ala tomeynye nawfal & hencem gak si abid kecil itu...hehe..nawfal..nawfal...pakcik abid nk pi umah ptg sabtu lps..tp,makcik ca tak lrt...nntla jumpe bdk kecik nawfal ini...

DUN Behrang 2020 said...

Betu X 3! Panas bebudak tuhhhh!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Our Family

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers