Monday, May 4, 2009

Cuti Hari Pekerja...

Buat pertama kalinya, abah dan kak ngah menjenguk ke Kolej 10 UM.. untuk mengambil dua orang mak sedara dari situ. Sementara menunggu angkat barang.. sempat lagi snap gambar sekitar KKTAZ tu..

Abah pula sempat berjumpa dengan rakan lamanya Dr. Roslan Mohd Nor yg menjawat jawatan Pensyarah di API UM. dah 8 tahun tak berjumpa... soalan cepumas darinya untuk abah: Master hang dah siap belum? hehehe... DAH SELESAI! (jawab tersipu-sipu...)
.Nawfal.. di tangga masjid daerah Perak Tengah

rumah kami... di Seri Iskandar... emm... sekolahnya belum siap dibina... cadangnya.. abah dengan ummi nak apply situ la.. buat masa ni.. buat sewa harian dulu.. sapa nak.. boleh hubungi sini

MyVI Hitam tu... Atuk dengan maksu wah datang bersama Pak Uda.. dari Shah Alam..
ambil Atuk Cik kat
Sg. Kerang. sempat la jengah rumah kami yg tak seberapa ni...

Masjid Daerah Perak Tengah.. tersergam indah.. tapi sayangnya agak jauh dari penempatan. Taman perumahan yg berhampiran masih dalam pembinaan. Jumaat malam sabtu.. kami solat di situ, jamaah tabligh yang meramaikannya...


Banner BUBUR PERAK pula di snap di TITI GANTUNG... Mak Uda la ni.. beriya-iya nak makan BUBUR gandum, BUBUR sagu merah dan BUBUR lambuk... sedap.. sedap sangattt.. Alhamdulillah.. Mak Uda belanja!

Sepetang di rumah Mak Yong...
melepaskan rindu pada sepupu yang jarang-jarang jumpa..
nak tunggu datang rumah kami..
umminya
TERSANGAT sibuk.. faham-faham je la...
macam Mak Ngah la jugak...


Makan malam.. di medan selera FIRHA.
Berhampiran dengan rumah. Siapalah FIRHA tu agaknya?
Menu yg kami pesan malam tu;
N
asi Goreng Bantal Peluk, Char Kuey Tiau, dan bungkus Kuey Tiau Kerang.

Buah Hati Pengarang Jantung


Excited! Tengok ombak kecil...
dan gigi air yang sentiasa berkocak...
Tengok muka yang baju biru tu...



Kegembiraan jelas terpancar di muka 3 So ini...
itu pun ada hati ajak abah pi naik feri...



Kami ke Hospital Seri Manjung. Melawat bekas jiran kami, yang juga pernah mengasuh Sobihah dan Sobirah semasa 2005-2006. Umairah dapat baby boy. Tahniah!

4 comments:

sonata anak kancil said...

Dah baca sampai habis...tapi satu yang amat berkenan - apa ke rupa & rasa nasi goreng bantal peluk???

4 'so' bersaudara said...

to sonata.a.k.:

ada pic kat situ... tapi kecil sgt rasanya. maaf la..

Rupanya: Nasi goreng 'biasa' je.. yg dilitupi dgn telur dadar 'basah'.. ala-ala nasi goreng patayya la tu..

tp ada side dish nya.. sepiring kecil sayur campur + sotong + udang...

bagi kami.. nasiknye failed.. sebab ready-fried.. sayurnya aje yg ok..

*dari mana datang idea BANTAL PELUK tu.. entah! nanti, sonata gi la tanya dia.. kalo datang UTP lagi... dkt je tu.. tp mainroad Seri Iskandar tu...

Anonymous said...

makcik ca pun teringin sgt nk mkn bubur tu..nyum..nyum...nnt la balik umah mak long..btw,cuti sakan hanpa no 4 so..mai tolong makcik ca kemas brg pindah ni..hoho

sonata anak kancil said...

rugi betul la tak buat appoinment hari tu...kalau tak tentu dapat jumpa blogger lagi...he he he. Dapat makan free nasi goreng bantal peluk...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Our Family

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers